00:00Kerajaan kekal konsisten dalam menolak sebarang usaha mempromosi budaya songsang dan tidak mengiktiraf perbuatan tersebut.
00:09Untuk makluman semua, bagi memastikan penggunaan istilah yang selaras serta mengelakkan sebarang normalisasi dalam bentuk pengucapan dan penulisan
00:19adalah digalakkan agar istilah LGBT ini tidak lagi digunakan dan mulai hari ini istilah tersebut bolehlah dirujuk sebagai budaya songsang.
00:28Dan dalam jawapan saya pada hari ini, saya akan merujuk kepada budaya songsang sahaja.
00:34Berhubung dengan program Glamping with Pride, dimaklumkan bahawa program tersebut telah dibatalkan dan tidak diteruskan.
00:41Pihak berkuasa negeri Selangor turut mengesahkan bahawa tiada permit diberikan dan pendirian ini selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia
00:49Sultan Selangor
00:50agar tindakan tegas diambil terhadap sebarang aktiviti yang bertentangan dengan nilai agama dan moral.
00:56Dari sudut pemantauan, JAKIM melalui bahagian penyelidikan sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri, JAKIN, PDRM dan SKMM
01:06bagi memantau penyebaran atau promosi aktiviti terkait budaya songsang berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
01:14Masyarakat juga berfungsi sebagai ejen perubahan.
01:16Sebarang maklumat berhubung penganjuran program, kandungan atau aktiviti yang mencurigakan,
01:21hendaklah segera dilaporkan kepada pihak berkuasa.
01:25Untuk makluman semua, kerajaan tidak akan sekali-kali mengiktiraf konsep gender ketiga
01:31dan telah membentangkan kertas makluman berkaitan implikasi pengiktirafan gender ketiga
01:37kepada jawatan kuasa Muzakarah MKI dan seterusnya dalam mesyuarat MKI serta Majlis Raja-Raja pada tahun 2025.
01:45Terima kasih telah menonton!
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments