00:00Pelantikan Razie Jidin sebagai Ketua Bersatu Melaka menjelang PRN di jangka tahun ini disifatkan ujian hidup mati buat parti itu,
00:09susulan peletakan jawatan pemimpin berpengaruh Rahim Tan Bicik.
00:14Penganalisis Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dan Global Asia Consulting berkata, Razie hadir dengan kredibiliti sebagai antara penggerak awal bersatu
00:23dan membawa imej teknokrat bersih namun realiti politik di Melaka amat mencabar.
00:28Katanya keputusan PRN 2021 membuktikan dominasi UMNO yang memenangi 21 daripada 28 dun manakala Perikatan Nasional atau PN hanya mampu
00:39memperoleh dua kerusi melalui Bersatu.
00:42Zaharuddin berkata jika Razie gagal menangkis sabotaj dan memperkukuh jendera, Bersatu bukan sahaja akan terus tenggelam di Melaka malah sukar
00:51bangkit semula pada PRU mendatang.
00:53Sementara itu, Fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan menyifatkan Bersatu Melaka paling tenat berbanding negeri lain, susulan peletakan jawatan tokoh
01:04utamanya di peringkat negeri.
01:06Katanya Melaka menjadi negeri paling penting untuk menguji kekuatan Bersatu kerana dijangka terawal menghadapi PRN mendahului negeri lain termasuk Johor
01:16sebelum PRU-16.
Comments