00:01Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Ahmad Faisal Wan Ahmad Gamal
00:05mempertahankan sokongan parti itu terhadap cadangan payung Melayu oleh Dr Mahathir Mohamad
00:11menafikan dawaan bahawa ia bercanggah dengan peralihan parti itu
00:15ke arah kedudukan politik yang lebih sederhana dan pertengahan.
00:19Beliau berhujah bahawa sokongan terhadap inisiatif terbaru
00:22untuk menyatukan orang Melayu itu saling melengkapi
00:25dan bukannya bercanggah dengan usaha parti untuk meraih sokongan bukan Melayu.
00:30Namun ada yang melihat ia bercanggah dengan saranan timbalan Presiden Bersatu
00:34Hamzah Zainuddin yang mencadangkan konsensus nasional baharu melangkaui kaum dan agama.
00:41Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali
00:45berkata keputusan Bersatu menyokong payung Melayu akan menimbulkan persoalan
00:50terhadap keikhlasan parti itu dalam membawa perdamaian nasional.
00:54Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia pula menifatkannya
00:58sebagai retorik politik biasa di mana ahli politik menggunakan
01:02nada dan tema yang hampir bercanggah apabila berucap kepada halayat berbeza.
01:08Namun Wan Faisal berkata payung Melayu itu juga boleh membangkitkan
01:11minat dan kesedaran politik dalam kalangan anak muda Melayu
01:15dan ini merupakan strategi utama Perikatan Nasional menjelang PRU akan datang.
Comments