Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Ringgit Malaysia kembali mengukuh ke paras tertinggi sejak 2018, didagangkan sekitar 3.97 hingga 3.90 berbanding USD pada Jan–Feb 2026. Momentum disokong kelemahan dolar global, pelaburan teknologi, kenaikan eksport E&E dan dasar monetari stabil Bank Negara Malaysia. Analisis bersama Prof. Madya Dr. Irwan Shah menilai punca, risiko dan hala tuju Ringgit sepanjang 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita akan terus kepada perbincangan selanjutnya dengan Ringgit Malaysia kembali menjadi pusat perhatian serantau apabila mencatat prestasi paling kukuh dalam
00:08hampir 8 tahun.
00:09Menebusi paras sekitar RM3.97 hingga RM3.90 berbanding dolar Amerika Syarikat pada Januari hingga Februari 2026.
00:18Sejauh mana pengukuhan ini bakal beri impak kepada ekonomi dan poket rakyat bersedia di talian adalah kita lihat tetamu Prof.
00:25Mada Dr. Iwan Syah Zainal Abidin, fellow bersekutukanan Institut Dasar Ekonomi dan Keuangan ECOFI UUM.
00:31Saya nak ucapkan terima kasih Dr. Iwan sudah tentu berlihat kepada prestasi nilai ringgit yang terbaik dalam tempoh 8 tahun.
00:37Mungkin perkara yang kita tahu rakyat Malaysia akan fikir bestnya kita boleh travel ataupun shopping.
00:42Tapi, pertama sekali Dr. Kongsi kan, apa faktor paling besar yang mendorong ringgit melonjak ke paras setinggi dalam hampir 8
00:51tahun?
00:52Adakah sebab dolar Amerika Syarikat yang lemah faktor utama atau kerana ekonomi Malaysia sendiri yang semakin kukuh menjadi asas yang
00:59kuat?
01:02Ya, faktor utama yang saya lihat yang bermula sejak Ogos 2025.
01:09Kalau kita tengok ringgit ni dia naik turun, naik turun.
01:13Tapi bermula Ogos 2025 sehinggalah sekarang kita tengok ada peningkatan yang begitu tinggi jugalah.
01:22Jadi, ini kita boleh katakan bahawa dari segi dia punya fair value.
01:30Sekarang ni dia tidak lagi berada pada tahap yang dipanggil under value lah.
01:37Dan saya percaya faktor terbesar adalah akibat daripada kelemahan US dollar.
01:46Sebab kalau kita lihat pun negara-negara lain juga mengalami kekuatan dari segi mata buah mereka.
01:54Tapi kita juga lihat bahawa itu bukanlah cerita yang keseluruhannya kerana ringgit juga mengukuh berbanding dengan matawang-matawang di negara
02:07selain daripada Amerika Syarikat.
02:09Jadi, ini membuktikan bahawa pengukuhan ringgit bukan sahaja semata-mata akibat daripada pengukuhan kelemahan US dollar.
02:20Tetapi juga akibat daripada kita katakan adanya satu keyakinan dan juga permintaan yang tinggi terhadap ringgit.
02:32Yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti yang Ina sebut tadi disebabkan oleh kekuatan fundamental asas sebab kita dah nampak dari
02:42segi prestasi pertumbuhan ekonomi yang bertumbuh melebihi daripada jangkaan.
02:47Suku keempat 6.3. Suku keempat 2025 6.3% menyebabkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan 2025 5.2%.
02:58Jadi, jangkaan bank negara sehingga 4.8%.
03:01Jadi, itu salah satu yang kita panggil asas ekonomi yang mengukuhkan ringgit keyakinan daripada pelabur luar dan juga permintaan ringgit
03:14meningkat contohnya dari segi permintaan terhadap barangan-barangan tempatan terutamanya juga sektor AI seperti chip dan juga komponen semiconductor.
03:29dan juga kita tidak nafikan bahawa tahun melawat Malaysia juga memberikan peranan untuk meningkatkan dari segi permintaan ringgit.
03:38Now, sama ada ini memberikan kesan yang baik ke tidak itu memang satu perkara yang kita kata masih lagi kita
03:48belum nampak secara nyata.
03:49data-data pun masih lagi kurang jelas tapi kita kata dari segi teorinya sememangnya kalau ringgit mengukuh itu kita boleh
04:00kata dia boleh meredakan sedikit dari segi isu kos sarah hidup.
04:07kerana barangan import akan menjadi lebih murah dan juga siapa yang suka menggunakan barangan-barangan import dan juga mungkin belajar
04:18di luar negara itu dia menjadi lebih murah.
04:21tetapi masih terlalu awal untuk kita nak mengatakan bahawa ini adalah satu tahap yang stabil sebab minah keyword dia sekarang
04:32ini kita perlu ada satu kestabilan dari segi nilai ringgit itu menuju ke hadapan.
04:37penting untuk kita meliti ini adalah antara faktor utama yang mendorong kepada prestasi terbaik ringgit pada kali ini tetapi masih
04:43terlalu awal seperti doktor kata untuk kita menilai bagaimanakah ia akan memberi impak kepada pengguna tapi apa kita boleh lihat
04:49secara ringkas mungkin akan memberi iaitu manfaat kepada pengguna itu sendiri daripada segi kos sarah hidup.
04:56BNM, Bank Negara Malaysia juga berkata mereka akan biarkan pasaran tentukan kadar tukaran selagi pasaran itu teratur in order.
05:03adakah ini tanda bahawa Bank Pusat selesa dengan ringgit yang lebih kuat dan walaupun doktor kata kita terlalu awal untuk
05:11menilai impaknya tapi bagaimana untuk kita meliti hala tujuh ataupun pergerakan ringgit dalam beberapa bulan yang akan datang?
05:18dalam beberapa bulan yang akan datang kalau kita lihat ada beberapa keadaan-keadaan yang melihat bahawa nilai ringgit ini dijangka
05:31akan lebih mengukuh.
05:34terutamanya kalau kita lihat dari segi perkembangan terkini akibat daripada keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan ataupun mengatakan bahawa segala
05:50pelaksanaan tarif timbal balas Presiden AS itu tidak sah.
05:55jadi adanya satu ketidaktentuan selepas beberapa jam lepas tu Trump umumkan 10% pula tarif lepas tu keesokan harinya naik
06:06lagi 15% maksudnya ada uncertainty itu.
06:08ini memberikan sekali lagi pelabur kurang yakin dengan dolar dan ini menyebabkan sekali lagi kekuatan kepada ringgit dan ketidaktentuan ini
06:21dijangka akan berterusan dalam beberapa bulan mendatang
06:24yang sedikit sebanyak yang memberikan kesan positif kepada ringgit.
06:28begitu juga dari segi jangkaan perubahan dalam dari segi dasar monetary AS apabila nanti perubahan dalam dia punya federal the
06:40Fed Chairman.
06:41juga sebab konsensus itu lebih kepada yang menjurus kepada pengurangan apa tu pengurangan kadar bunga seperti yang dikehendaki oleh Trump
06:55yang memberikan signal adanya campur tangan.
06:58yang memberikan signal adanya campur tangan sekali lagi ini perkara-perkara yang akan memberikan kekuatan kepada ringgit.
07:05dan dari segi domestik pula kita nampak kerajaan sudah pun meletakkan pelbagai dasar yang bagi saya sebenarnya hal tujuh itu
07:13jelas dari segi dasar-dasar dan juga perancangan.
07:16bagaimana kerajaan respon contohnya dari segi perubahan yang berlaku daripada keputusan mahkamah agung AS semuanya secara yang teratur dan jelas
07:28dan ini juga memberikan keyakinan kepada pengukuhan ringgit.
07:32dan juga nina jangkaan juga peningkatan dalam kita punya aktiviti perdagangan dan pelaburan.
07:40baik aktiviti pelaburan juga antara perkara yang akan merangsang kepada peningkatan ataupun pengukuhan ringgit ini.
07:46tetapi doktor mungkin melihat kepada fasa pergerakan ringgit pada ketika ini kita boleh dikatakan dalam keadaan lega buat ketika ini.
07:54tetapi kalau berlakunya kejutan global contohnya perjanjian tarif global itu mungkin kita lihat keputusan yang disebaliknya.
08:02dan contohnya pasaran saham dunia merudum, harga minyak juga melonjak atau ketegangan geopolitik yang akan meningkat.
08:10berapa cepat ringgit boleh melemah kembali ke atas RM4.10 dan bagi Prof, apa julat paling realistik untuk ringgit sepanjang
08:186 hingga 12 bulan yang akan datang?
08:20saya melihat 3 bulan itu berada pada sekitar 3.9 hingga dalam 4.05 lah macam tu.
08:31saya fikir tidak begitu kita kata mengejutkan bila ringgit kembali ke paras kita kata 4 ke USD
08:41sebab sekarang ni sudah 3.9 satu ringgit kepada USD.
08:46jadi saya fikir itu adalah satu julat yang bagi saya kita kata yang agak stressalah yang boleh dijangkakan.
08:56namun begitu sekali lagi apa yang berlaku ketika ini sangat fluid.
09:03maksudnya perubahan itu begitu dinamik dan kita saya fikir tidaklah boleh terlalu yakin dalam julat ini.
09:11tetapi dengan keadaan dan juga dari segi dasar monetary
09:16kalau kita tengok pun signal yang diberikan daripada bank negara
09:22berkenaan dengan kita punya dasar monetary juga adalah begitu jelas
09:29dan tidak menimbulkan banyak persoalan yang menyebabkan ketidakpastian di dalam pasaran.
09:38lonjakan terkuat ringgit dalam tempoh 8 tahun
09:41seperti dalam perbicaraan kita daripada awal
09:43ia bukan sekadar pergerakan mata wang
09:45tetapi ia isyarat penting tentang serima pelabur, aliran modal
09:48dan bagaimanakah kita akan menyaksikan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia bergerak ke hadapan.
09:52sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Prof. Mada Dr. Irwan Syah Zainal Abidin
09:56fellow bersekutu kanan Institut Dasar Ekonomi dan Keuangan ECOFI UUM
09:59kerana bantu kami faham mengenai prestasi terbaik ringgit ketika ini
10:02apakah antara faktor utama yang mendorong
10:04dan bagaimanakah ia akan memberi impak pada ekonomi Malaysia bergerak ke hadapan.
Comments

Recommended