00:00Kerajaan Indonesia menjelaskan bahawa keperluan pensijilan halal mandatori masih berkuatkuasa sesudah beberapa laporan media yang menyatakan produk tertentu dari AS
00:09boleh memasuki Indonesia tanpa pensijilan halal di bawah perjanjian tarif timbal balik yang baru ditandatangani.
00:17Setiusaha Kabinet Teddy Indra Wijaya berkata, tafsiran sedemikian adalah tidak tepat dan mengelirukan.
00:23Beberapa laporan media tempatan menyorok peruntukan dalam lampiran tiga perkara 2.9 Perjanjian Perdagangan Tarif Timbal Balas yang ditandatangani Presiden
00:33Prabowo Supianto dan Presiden AS Donald Trump di Washington yang didakwa mencadangkan pelarasan terhadap peraturan halal bagi memudahkan ekspor kosmetik,
00:43peranti perubatan dan barangan lain dari Amerika.
00:46Teddy menegaskan bahawa semua produk yang diwajibkan secara undang-undang untuk mendapatkan pensijilan halal mesti terus mematuhi Undang-Undang Indonesia
00:55yang berkuatkuasa dengan mendapatkan perakuan halal sama ada daripada badan halal di AS atau badan halal di Indonesia.
01:03Di Indonesia, pensijilan halal diuruskan oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal, manakala di AS, sijil halal boleh dikeluarkan oleh institusi
01:12yang diiktiraf seperti Islamic Food and Nutrition Council of America dan Halal Transaction of Omaha.
01:19Teddy berkata, Indonesia dan AS mempunyai perjanjian peniktirafan bersama mengenai standar halal yang membolehkan peniktirafan bersama pensijilan tanpa menurunkan standar
01:29kawal selia di kedua-dua negara.
Comments