Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Istana Pahang menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan serta tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut.
Transcript
00:00Istana Pahang menafikan dawaan Sultan Pahang menawarkan bantuan wang kerajaan kepada rakyat.
00:07Ia susulan tular beberapa klip video palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan AI
00:13yang memaparkan wajah menyerupai Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
00:20Istana Pahang menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan
00:25serta tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut.
00:31Tegasnya lagi, Sultan Pahang tidak mempunyai sebarang akaun media sosial
00:36dan semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang.
00:43Selain itu, di platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok dan YouTube
00:48hanya menggunakan nama akaun Kesultanan Pahang.
00:56Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended