Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Bersempena ulang tahun ke-30, Astro bersama Astro Audio memilih untuk meraikannya secara sederhana tetapi tetap meriah menerusi penganjuran program agihan Bubur Lambuk yang diperluaskan ke lima lokasi di seluruh negara tahun ini.
Transcript
00:00Ulang tahun ke-30 Astro dan Astro Audio tahun ini disambut dengan pendekatan sederhana namun meriah menerusi program agihan bubur
00:11lambuk diperluaskan ke-5 lokasi di seluruh negara.
00:15Pengarah Astro Audio Priya Darshini Prabakaran berkata, jika sebelum ini program hanya diadakan di satu lokasi melibatkan 13 stesen radio
00:25di bawah Astro Audio,
00:27Tahun ini penganjur tampil dengan konsep berbeza.
00:32Kita bawa kita punya semua announcer untuk berjumpa rakyat Malaysia kerana untuk Astro Audio dengan Astro untuk 30 tahun ini,
00:43kita tak akan sampai tempat ini, apa tahun ini tanpa support rakyat Malaysia.
00:48So kita datang sini nak jumpa, nak borak, nak santai je lah dengan semua rakyat Malaysia.
00:56Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Kami Care Bubur Lambuk di Bazar Ramadan Telawi Bangsar pada Isnin.
01:04Katanya sambutan 30 tahun ini bukan sekadar meraihkan pencapaian tetapi menjadi simbol penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terus setia bersama
01:15Astro sejak 3 dekad lalu.
Comments

Recommended