Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kelulusan RUU tersebut akan menjadi mekanisme penting bagi mengelakkan pemusatan kuasa dalam tempoh panjang yang berisiko membentuk pemerintahan diktator.
Transcript
00:00Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Bersih menggesa semua ahli parlimen menyokong rang undang-undang RUU pindaan perlembagaan berkaitan had
00:11tempoh jawatan Perdana Menteri.
00:14Bersih menifatkan pembentangan RUU pindaan perlembagaan itu sebagai langkah penting dalam agenda reformasi terhadap sistem demokrasi negara.
00:25Bersih turut menyentuh penegasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa had tempoh tersebut turut terpakai kepada beliau yang
00:34telah menyandang jawatan Perdana Menteri selama lebih tiga tahun.
00:38Kata Bersih, kelulusan RUU itu akan menjadi mekanisme penting bagi mengelakkan pemusatan kuasa dalam tempoh panjang yang bersikur membentuk pemintahan
00:48diktator.
00:49Bersih turut mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Akta Penggal Tetap Parlimen bagi mengurangkan ketidaktentuan politik serta pertukaran kerajaan di pertengahan penggal.
01:01Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azrina Osman Said membentangkan di Dewan
01:09Rakyat RUU Perlembagaan Pindaan 2026 bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.
Comments

Recommended