Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Kestabilan negara kekal utuh walaupun berdepan ketidaktentuan politik dan ekonomi global.
Transcript
00:01Kestabilan negara kekal kukuh walaupun berdepan cabaran politik dan ekonomi global yang tidak menentu.
00:08Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil menegaskan asas ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul
00:15berdasarkan tahap keyakinan pelabur serta prestasi semasa mata wang negara.
00:22Kita telah lihat dan saksikan pada hari ini nilai mata wang ringgit berada pada paras 388 pada satu ketika
00:30dan kepada sing dolar 307. Jadi ini satu petanda bahawa ekonomi negara berada pada kedudukan yang betul.
00:42Katanya perkembangan ini membuktikan dasar dan perancangan ekonomi yang dilaksanakan ketika ini
00:47memberi kesan positif terhadap pasaran serta sentimen pelaburan.
00:53Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Kami Care Bubur Lambuk di Bazar Ramadhan di Bangsal pada Isnin.
01:00Beliau menjawab dakwaan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan atau BBC,
01:05Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa yang berkata,
01:08sebarang tindakan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan politik
01:12akan menyejaskan reformasi yang sedang berjalan selain menghakis keyakinan pelabur.
01:17Ini susulan pengumuman parti DAP yang berkata ia akan mengadakan kongres khas pada 12 Julai
01:24untuk menentukan sama ada pemimpin parti itu harus meletak jawatan dalam kerajaan atau tidak.
Comments

Recommended