Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
Transcript
00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha KSU sebuah kementerian dalam masa terdekat
00:10bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai 1.1 bilion ringgit.
00:21Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas SPRM membuka kertas sasatan berhubung perkara terbabit.
00:30Memetik bernama, sumber itu menjelaskan berdasarkan maklumat awal, cadangan mengenai perjanjian tersebut dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Keuangan dan
00:40Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri, namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa.
00:46Sumber berkata beberapa individu turut didakwa telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat berkenaan selepas meninggalkan kementerian terbabit.
00:55Subungan itu beberapa saksi termasuk KSU Kementerian Terbabit dijangka dipanggil bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian ini.
01:04Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruh Jaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khushairi Yahya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan
01:14mengulas lanjut.
01:15Pada 16 Februari lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa perjanjian
01:25itu telah dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan keuangan kepada kerajaan.
01:32SPRM juga telah bertindak mengambil beberapa dokumen berkaitan perjanjian terbabit daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Februari lepas bagi membantu siasatan.
Comments

Recommended