Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau panel bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat atau individu setara, bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.
Transcript
00:00Kerajaan digesa menubuhkan suruhan jaya siasatan diraja RCI atau satu pedal bebas yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara Tun Tengku
00:10Maimun Tuan Mat atau individu yang setara bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa membabitkan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM
00:20dan ketua pesuruh jayanya Tan Sri Azam Baki.
00:23Sekumpulan organisasi masyarakat sivil dan kenyataan bersama menegaskan pihak berkepentingan yang mewakili pelbagai lapisan serta kepentingan masyarakat perlu diberi ruang
00:34untuk menyertai siasatan berkenaan.
00:37Mereka turut menuntut supaya hasil siasatan didedahkan kepada umum kerana isu terbabit melibatkan kepentingan awam dan kepercayaan terhadap integriti institusi
00:46negara.
00:47Malah kata kenyataan itu, keputusan Kabinet pada 13 Februari lalu yang mengehadkan forum siasatan kepada jawatan kuasa ad hoc dalaman
00:54di peringkat eksekutif
00:55serta mengehadkan skop siasatan hanya kepada isu pegangan saham azam dalam syarikat tersenarai awam tanpa meneliti dakwaan persengkongkolan SPRM dalam
01:05pemerasan ekonomi
01:06disifatkan sebagai pertimbangan yang lemah dan tidak mencerminkan keseriasan tuduhan berkenaan.
01:12Kata kenyataan tersebut, selain penjelasan Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil, tiada menteri lain tampil memberikan alasan pentadbiran yang jelas berhubung
01:21keputusan penting
01:22untuk mengehadkan forum serta skop siasatan terhadap azam.
01:26Mereka turut mempersoalkan pelantikan Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokhtar sebagai pengurusi jawatan kuasa berkenaan
01:32memandangkan beliau sebelum ini terbabit secara langsung dalam keputusan menarik balik pertuduhan terhadap timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Ahmad Zahid
01:40Hamidi.
01:42Situasi itu menurut mereka hanya menambah persepsi sinis dalam kalangan masyarakat
01:47bahawa siasatan jawatan kuasa ad hoc berkenaan berkemungkinan berakhir dengan keputusan tiada tindakan lanjut NFA.
01:55Selain itu, organisasi masyarakat sivil berkenaan turut mengemukakan tiga lagi tuntutan penting
02:01termasuk memastikan proses pelantikan pesuruh jaya SPRM dilaksanakan secara bebas daripada pengaruh eksekutif
02:08namun tertakluk kepada semakan dan kelulusan Parlimen.
02:11Terima kasih.
02:14Terima kasih.
Comments

Recommended