Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menurut bank pelaburan itu, pasaran kini menumpukan perhatian kepada potensi pengumuman dividen, terutamanya selepas pengumuman dividen khas mengejut oleh CIMB Group Holdings Bhd pada suku lepas menjadi pemangkin utama kepada kenaikan pasaran.
Transcript
00:00Sektor perbankan Malaysia dijangka kekal kukuh dengan penawaran dividen menarik di dorong kestabilan geopolitik dan ekonomi yang memberangsangkan aliran masuk
00:08dana asing.
00:10MBSP Investment Berhad menjangkakan potensi kejutan positif dividen, termasuk kemungkinan beberapa bank tempatan mengumumkan bayaran lebih tinggi berbanding jangkaan.
00:22Menurut bank pelaburan itu, pasaran kini memberi tumpuan kepada potensi pengumuman dividen, susulan dividen khas mengejut oleh CIMB Group Holding
00:30Berhad pada suku lalu yang menjadi pemangkin kenaikan pasaran.
00:34Potensi peningkatan suku ini kekal wujud di dorong prospek ekonomi yang kukuh hasil dividen tinggi dengan ruang kenaikan, kualiti aset
00:42mantap serta kestabilan geopolitik Malaysia yang lebih baik berbanding negara serantau.
00:47Selain itu, panduan yang lebih jelas mengenai pelaksanaan bezel IV dan rangka kerja modal bank negara Malaysia bagi risiko kredit
00:55membolehkan bank-bank menggunakan lebihan modal mereka.
00:58Ini turut disokong nisbah pinjaman terjejas kasar sistem perbankan Malaysia yang kini berada pada tahap terbaik pernah dicatatkan sekaligus berpotensi
01:06membolehkan pengurangan lanjut dalam peruntukan.
01:09Sementara itu, bank pelaburan berkenaan menjangkakan pendapatan berasaskan fee akan terus memacu pertumbuhan hasil dalam tempoh terdekat.
01:18Ia disokong sumbangan lebih kukuh daripada pengurusan kekayaan, bank insurance dan pasaran modal hutang khususnya apabila prestasi pasaran, pertumbuhan pinjaman
01:27dan sentimen ekonomi bertambah baik.
01:29Bank itu juga menjangka pertumbuhan pinjaman kekal neutral berikutan pinjaman perniagaan yang semakin menyusut kebelakangan ini serta penurunan berterusan dalam
01:38pembiayaan modal kerja.
01:40Sementara itu, pertumbuhan pinjaman runcit juga berada pada trajekteri menurun sejak beberapa tahun lepas.
01:46Seiring dengan penilaian ini, bank pelaburan itu mengekalkan soranan positif terhadap sektor perbankan Malaysia.
Comments

Recommended