Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Bagi tahun 2025, kadar pengangguran kekal stabil pada paras rendah iaitu 3.0 peratus, mencerminkan kejayaan pelbagai inisiatif kerajaan dalam memulihkan ekonomi pasca pandemik.
Transcript
00:00Kadar pengangguran negara dijangka terus menunjukkan pemulihan memberangsangkan dengan unjuran penurunan kepada purata 2.8% pada 2026.
00:08Prospek positif ini disokong momentum ekonomi yang mampan serta pengukuhan pelaburan swasta dalam pasaran domestik.
00:18Menurut nota penyelidikan TA Securities, reformasi struktur yang berterusan terus memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kestabilan pasaran buruh bagi tempoh
00:28mendatang.
00:29Bagi 2025, kadar pengangguran kekal stabil pada paras rendah iaitu 3.0% mencerminkan kejayaan pelbagai inisiatif kerajaan dan memulihkan
00:40ekonomi pasca pandemik.
00:42Jelas TA Securities, data menunjukkan jumlah tenaga kerja pada Desember 2025 meningkat sebanyak 3.0% tahun ke tahun kepada
00:5317.13 juta orang.
00:55Peningkatan ini didokong penciptaan pekerjaan yang berluas berentasi kebanyakan sektor ekonomi utama negara.
01:04Tambahnya lagi, bilangan penganggur pada Desember 2025 berkurang sebanyak 3.9% kepada 517,700 orang berbanding 538,500 orang
01:17tahun sebelumnya.
01:18Penurunan angka ini membuktikan keberkesanan strategi pasaran buruh yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.
01:26Kadar penyertaan tenaga kerja juga kekal kukuh pada paras 70.9% pada bulan berkenaan.
01:33Firma itu turut menekankan kejayaan platform padanan pekerjaan digital menjadi antara penyumbang utama kepada kestabilan ini.
01:41Jelasnya sejak 2023, portal MyFutureJobs telah berjaya memudah cara lebih 620,000 penempatan pekerjaan.
Comments

Recommended