00:00Sementara itu hujan berterusan mengibatkan banjir di Kota Marudu sejak berapa hari lalu turut menjejaskan bekalan elektrik apabila tiang talian
00:07waltan tinggi dilaporkan tumbang selepas ditimpa pokok susulan kejadian tanah runtuh.
00:13Melalui ilaman Facebook Sabah Electricity Care Line, sebanyak 13 kampung di Kota Marudu dikena pasti terputus bekalan elektrik setakat ini.
00:21Antara kampung terjejas ialah kampung Tondik, Togudon, Tinogu, Samparita Tengah, Bombong 1, Samparita Laut, Sonitan Ulu dan Lingkobungan 1.
00:33Menurut kenyataan itu kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan pemulihan bekalan dijangka dapat dilaksanakan selepas tiang yang tumbang selesai dibaiki.
00:42Sementara itu dipita selebih 30 kawasan kampung turut dilaporkan terputus bekalan elektrik akibat banjir yang masih belum surut.
00:51Antara kawasan terjejas termasuk kampung Kemiri, Sinasak Batu, Andap, Kebatasan, Kusilat, SMK Pekan 2, Kibulu, Taradas dan Mapat.
01:04Sabah Electricity maklumkan pemulihan bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat sebaik banjir surut dan kerja-kerja pembaik pulihan teknikal akan dijalankan.
01:14Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh cuaca
01:24tidak menentu ini.
Comments