00:00Kewujudan gendang berusia 147 tahun yang dianugerahkan oleh Sultan Muhammad II pada 1879 bukan sahaja menjadi antara ikon pelancongan di
00:11Kelantan.
00:12Ia malah merupakan simbol keharmonian masyarakat setempat terutamanya ketika sambutan Tahun Baru China.
00:18Menurut Ketua Pemuda Pertubuhan Penganut Tokomek, Jack Gunn, gendang yang ditempatkan di tokong berusia 236 tahun itu membuktikan hubungan raja
00:29dan rakyat telah lama terjalin tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.
00:44Kita di depan gendang yang dianugerah oleh Sultan Muhammad II, Tuan Senik bin Longtang pada tahun 1879.
00:55Dan ini gendang sudah 147 tahun berada di sini.
01:03Ini satu simbol yang Sultan dari dulu lagi telah menjaga rakyat dia sampai sekarang.
01:13Ini satu simbol keharmonian, kepaduan.
01:16Sebab itu kita letak di dalam kaca, mempamir di tokong ini.
01:22Ini untuk satu kenangan.
01:24Kita sangat berterima kasih.
01:34Menurut Jack, gendang berukuran 1 meter panjang dan setengah meter lebar itu turut disertakan tulisan Sultan Muhammad II, Tuan Senik
01:43bin Longtang, bertarikh 1879, sekaligus menarik minat pengunjung untuk melihat keunikannya.
01:51Gendang tersebut kini disimpan rapi di dalam kotak kaca dan menjadi tumpuan pelawat dari dalam serta luar negara.
01:58Ia dianggap lambang persahabatan erat antara kaum Melayu dan Cina di negeri itu sejak zaman dahulu.
02:05Jack berkata, setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, tokong berkenaan akan dipenuhi pengunjung pelbagai kaum, termasuk Melayu, India dan Siam
02:13yang hadir menyaksikan kemeriahan sambutan seperti pertunjukan mercut.
02:20Sebagai persediaan perayaan kali ini, pihak tokong turut menggantung seribu tanglong bagi mencantikkan persekitaran rumah ibadat persejarah itu.
02:29Tokong Mek sudah berusia 236 tahun berada di kampung Gok Kapur, Kota Baru dan antara tokong tertua yang diwarisi generasi
02:37ke generasi.
Comments