Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor di Istana Pasir Pelangi. Dalam sesi itu, Baginda menzahirkan titah agar usaha memerangi rasuah dilaksanakan tanpa kompromi serta menegaskan kepentingan integriti dan ketelusan pentadbiran. Baginda turut berkenan menerima taklimat perkembangan semasa dan kemajuan negeri Johor.
Comments