Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri mengingatkan bahawa keharmonian hanya dapat dicapai apabila masyarakat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain, sekali gus menjadi asas kukuh kepada kehidupan aman dalam negara berbilang kaum.
Transcript
00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memelihara keharmonian dan semangat saling menghormati dalam mendepani cabaran semasa
00:09sempena sambutan Tahun Baru China.
00:12Banda Menteri berkata perayaan itu sentiasa mengingatkan rakyat tentang nilai kemakmuran, harapan dan kekuatan untuk melangkah kehadapan dengan penuh keyakinan.
00:26Katanya keharmonian hanya dapat dicapai apabila masyarakat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
00:33Ia sekaligus menjadi asas kukuh kepada kehidupan aman dalam negara berbilang kaum.
00:37Beliau menegaskan dalam suasana wacana awam yang mudah dipengaruhi emosi dan hasutan, rakyat tidak harus membiarkan perbezaan pandangan, meretakkan hubungan
00:47serta menghakis kepercayaan yang telah sekian lama terbina.
00:52Sebaliknya, perbezaan ini perlu menjadi ruang untuk memperteguh semangat muhibah, menolak prasangka serta memilih jalan dialog, rundingan dan kebijaksanaan.
01:03Anwar juga yakin Malaysia akan terus melangkah gagah sekiranya nilai keharmonian, rasa hormat dan ihsan dijadikan pegangan bersama.
01:12Dalam masa sama, Perdana Menteri mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilimpahkan kesejahteraan dan kemamuran tahun ini, serta mengucapkan Selamat Tahun
01:20Baru China kepada masyarakat Tionghoa.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended