Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Ketua Polis, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan, isu penyeludupan dan kemasukan keluar masuk secara haram di sempadan Kelantan hanya dapat diselesaikan sepenuhnya melalui pembinaan tembok atau pagar keselamatan.
Transcript
00:00Meskipun penutupan pangkalan haram dilakukan sejak Disember 2024 berjaya mengurangkan kegiatan itu sehingga 95%,
00:08namun isu penyudupan dan kemasukan keluar masuk secara haram di sempadan Kelantan hanya dapat diselesaikan sepenuhnya melalui pembinaan tembok atau
00:17pagar keselamatan.
00:19Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Kelantan, Dato' Muhammad Yusuf Mamat.
00:22Menurut Muhammad Yusuf, baki 5% cubaan pencerobohan masih berlaku kerana wujudnya ruang terbuka di sepanjang laluan sempadan yang belum
00:31mempunyai kawalan fizikal sepenuhnya.
00:33Saya cakap selagi mana tak kita bina tembok ataupun pagar keselamatan, selagi itulah cubaan-cubaan itu ada.
00:44Sebab itu, yang polis jaga daripada 136km daripada pengalaman kubur sampai ke jeli sana, 46km sahaja yang polis jaga, 45
00:59-46km.
01:01Jadi kita pos PJ ada 17km, maknanya lebih kurang 2km lebih antara pos-pos takde.
01:08Jadi ruang-ruang itu yang diambil peluang, waktu manusia, saya selalu cakap waktu manusia.
01:16Manusia ini ada waktu mengantuk, ada waktu malas dan sebagainya. Waktu letih. Jadi waktu-waktu tertentu dia masuk. Cubaan dia
01:28kan ada cubaan.
01:28Muhammad Yusuf berkata, sepanjang 136km laluan dari pengalaman kubur, tumpat hingga jeli, hanya 46km dikawal dengan kehadiran pos kawalan pasukan
01:39gerakan arm melibatkan 17 pos, menyebabkan jarak antara setiap pos mencecah lebih 2km.
01:45Katanya ruang-ruang itulah yang diambil peluang oleh penyeluduk.
01:49Tegas beliau, selagi tidak bina tembok atau pagar keselamatan, selagi itulah cubaan pencerobohan tetap berlaku walaupun pihaknya memperketatkan kawalan.
01:58Pihak polis tegasnya boleh menggunakan teknologi seperti drone dan AI, tetapi faktor fizikal sempadan itu sendiri masih menjadi cabaran utama.
02:07Muhammad Yusuf memberitahu keadaan menjadi lebih kritikal semasa musim kemarau apabila paras air sungai menjadi cetek sehingga membolehkan individu menyeberang
02:16sempadan hanya dengan berjalan kaki.
Comments

Recommended