Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Setiap tertuduh berdepan satu pertuduhan melakukan campur tangan asing secara cuai, yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun.
Transcript
00:00Dua warga China dihadapkan ke sebuah mahkamah di Canberra pada Rabu selepas polis Australia mendakwa mereka mengumpul maklumat secara sulit
00:09mengenai sebuah kumpulan Buddha. Tindakan itu dilakukan bagi pihak sebuah agensi keselamatan kerajaan China.
00:18Kes ini merupakan insiden kedua melibatkan warga China yang didakwa di bawah Undang-Undang Campur Tangan Asing yang diperkenalkan Australia
00:26pada 2018. Ia menjadikan pasangan itu individu keempat dan kelima yang didakwa di bawah peruntukan undang-undang tersebut.
00:35Polis Persekutuan Australia berkata seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang wanita 31 tahun didakwa bekerjasama dengan seorang lagi wanita
00:45warga China.
00:46Wanita China itu turut didakwa pada Ogos lalu untuk mengumpulkan maklumat mengenai cawangan kumpulan Guan Yin Cita di Canberra.
00:54Setiap tertuduh berdepan satu pertuduhan melakukan campur tangan asing secara cuai yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun.
01:03Sementara itu, juru cakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata China menggesa Australia menangani kes itu dengan berhati-hati.
01:15Kementerian Luar China menang-undang-undang-undang-undang-undang.
Comments

Recommended