00:00Tottenham Hotspur memecat pengurus Thomas Frank selepas sembilan bulan memimpin klub itu ujar klub liga perdana tersebut pada Rabu.
00:08Langkah itu susulan prestasi buruk yang menyebabkan pasukan London Utara itu kini hanya lima mata di atas zon penyingkiran.
00:19Tekanan terhadap Frank semakin meningkat dan kekalahan 2-1 digelanggang sendiri kepada Newcastle United pada selasa
00:26menyebabkan pasukannya berada di tangga ke-16 dengan 29 mata daripada 26 perlawanan.
00:33Spurs dalam satu kenyataan berkata keputusan dan prestasi telah membawa lembaga pengarah kepada kesimpulan bahawa perubahan dalam musim adalah perlu.
00:43Sebelum pemencatan nasib pengurus berusia 52 tahun itu seakan-akan telah ditentukan selepas kekalahan kepada Newcastle.
00:52Kekalahan ke-11 mereka dalam saingan Liga musim ini.
00:57Dalam aksi bersama Newcastle, penyokong meluahkan rasa tidak puas hati dengan sorakan mengejek di dalam stadium dan laungan
01:05Anda akan dipecat pagi nanti yang ditujukan kepada Frank.
01:10Penyokong Spurs turut berlaungkan nama bekas pengurus Mauricio Pochettino yang membawa mereka ke final Liga juara-juara 2019
01:17pada perlawanan berlangsung selasa itu.
Comments