00:00Pelaksanaan 38 projek pembangunan infrastruktur di Perlis bernilai lebih 1.65 bilion ringgit termasuk di Universiti Malaysia Perlis Unimap akan
00:10memberi impak besar kepada pembangunan di Perlis.
00:12Menteri Kerja Raya Datuk Seri Aleksander Nantalingi berkata daripada keseluruhan projek terbabit 17 kini di peringkat prapembinaan melibatkan kos kira
00:22-kira 880.25 juta ringgit manakala 21 projek di peringkat pembinaan dengan nilai kira-kira 757.14 juta ringgit.
00:34Nanta berkata pembangunan di Unimap merangkumi pembinaan masjid, pusat Islam dan pusat pengajian kejuteraan.
00:42Projek lain yang sedang dilaksanakan ialah Sekolah Berasrama Penuh SMKA Kangar, Program Pendidikan Khas Integrasi PPKI di Sekolah Terpilih serta
00:52Penubuhan Uni KL Asia Sentinel Transportation Institute ASTI di Lembah, Cuping.
00:58Jelas beliau projek-projek itu bukan sahaja memperkukuh ekosistem pendidikan negeri malah menyokong agenda pembangunan modal insan yang mapan.
01:06Beliau berkata dalam sektor kesihatan, pembinaan klinik kesihatan jenis dua berseri gantian kini merekodkan prestasi fizikal melepasi jadual semasa.
01:16Sementara itu, projek infrastruktur jalan melibatkan laluan Samadong Bukit Cabang, Padang New Padang Siding, Behormali Kampung Kepala Sepuluh serta Kampung
01:27Wai Jalan Dato' Ali dijangka meningkatkan kesaling hubungan, merancangkan ekonomi setempat serta memudahkan pergerakan rakyat dan hasil pertanian.
01:37Dalam hantaran sama, Nanta berkata pelaksanaan projek berkenaan dibincangkan secara menyeluruh dalam kunjungan hormat pertama Menteri Besar Perlis Abu Bakar
01:46Hamzah ke Kementerian Kerja Raya pada Rabu.
Comments