Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menangguhkan prosiding komital membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Transcript
00:00Mahkamah Session Kota Kinabalu menangguhkan proseding komital membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Muhammad Syafie Abdal.
00:08Proseding komital itu berkaitan kenyataan yang dibuat oleh Muhammad Syafie berhubung inques kematian Zara Khairuna Mahathir yang didakwa mengganggu perjalanan proseding inques berkenaan.
00:21Hakim Amir Syah Amir Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan oleh Pasukan Pemilaan Muhammad Syafie.
00:30Mahkamah kemudian menetapkan 27 Mac ini untuk sebutan semula kes yang akan diadakan secara dalam talian bagi mengemas kini status permohonan semakan kehakiman manakala kehadiran Muhammad Syafie bagi tarikh tersebut dikecualikan.
00:43Muhammad Syafie yang juga Presiden Parti Warisan-Warisan diwakili Pasukan Peguam terdiri daripada Chen Ketuan Kesi bersama Jakaria Abdul Jalil dan Bartolomee Jikulam.
00:55Proseding dikendalikan timbalan pendakwa raya Muhammad Mustafa P. Kunyalan.
01:00Untuk rekod Muhammad Syafie yang juga ahli parlimen sempurna dalam satu ucapan disandakan pada tahun lalu menyifatkan kematian remaja itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tata cara siasatan polis dan pakar patologi forensik.
01:15Zara Kairina, 13 tahun, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai 2025 di bawah bangunan asrama di sebuah sekolah menengah agama di Papar dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.
Comments

Recommended