00:00Lawatan rasmi Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia membuktikan eratnya hubungan antara kedua-dua negara baik dari segi diplomatik mahupun peribadi.
00:11Penganalisis politik berkata kehadiran Modi ketika sibuk menghadapi isu dalaman India termasuk pilihan raya menunjukkan keutamaan hubungan strategik dengan Malaysia.
00:20Dan ini merupakan satu signal yang cukup penting bukan sekadar kepada India tetapi kepada Malaysia sendiri bahawa India dan kita tak boleh lupa bahawa India merupakan chairmanship kepada BRICS pada tahun 2026 ini.
00:41Dan ini juga merupakan satu tindakan yang saya fikir dilakukan oleh Modi dengan memikirkan strategi-strategi kedudukan Malaysia, aspek strategi dan geopolitik itu diambil kira oleh Modi juga dalam lawatan itu.
00:59Dalam konteks geopolitik lebih luas, India kini dianggap sebagai kuasa penting di Asia Selatan dan Indo-Pasifik bukan hanya kerana jumlah penduduknya yang besar
01:08tetapi peranan aktif dalam menyeimbangkan pengaruh kuasa besar lain termasuk China dan Amerika Syarikat.
01:15Seimbang dengan apa yang dilakukan oleh China dan negara-negara yang lain juga, tekanan yang diberikan oleh Amerika Syarikat terhadap India bukanlah tekanan yang kecil sebenarnya.
01:25Tetapi dalam masa yang sama, India mencari rakan yang mampu untuk membantu, yang memikirkan perkara yang sama dan dia dapati hal itu ada pada negara kita, Malaysia.
01:38Selain itu, India memainkan peranan penting dalam perdagangan dan ekonomi dengan negara-negara BRICS yang turut memberi peluang kepada Malaysia membina pelaburan dan hubungan ekonomi dengan blok tersebut.
01:49Hal ini menunjukkan Malaysia dan India berjalan seiring dalam memperkukuh hubungan bilateral dengan segala usaha dan dasar kedua-dua pemimpin disambut dengan positif.
Comments