00:00Bertemu kembali, taikun media Hong Kong Jimmy Lai dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Isnin dalam kes keselamatan negara paling berprofil tinggi di wilayah itu.
00:11Hukuman tersebut melabuhkan tirai kepada saga perundangan hampir 5 tahun yang bermula sejak Lai ditangkap pada Ogos 2020.
00:19Lai 78 tahun sebelum ini disabitkan dua pertuduhan berkomplot dengan kuasa asing pada 15 Disember lalu serta satu pertuduhan menerbitkan bahan hasutan.
00:32Pengasas akbar Apple Daily itu menafikan semua pertuduhan dan menyifatkan dirinya sebagai tahanan politik yang menjadi sasaran tekanan Beijing.
00:42Menurut beberapa diplomat barat, usaha rundingan bagi pembebasan Lai dijangka dipertimbangkan secara lebih serius.
00:49Selepas hukuman dijatuhkan, bergantung pada langkah rayuan.
00:54Keluarga dan penyokongnya memberi amaran Lai mungkin tidak mampu bertahan lama dalam penjara berikutan masalah kesihatan.
01:02Ini termasuk degupan jantung tidak stabil dan tekanan darah tinggi.
01:07Di bawah garis Panduan Undang-Undang Keselamatan Negara, NSL, Lai dilabel sebagai dalang konspirasi untuk mendapatkan sokongan tokoh
01:16dan aktivis luar negara bagi menekan Hong Kong dan China melalui sekatan.
01:22Kesalahan itu membawa hukuman antara 10 tahun hingga penjara seumur hidup bagi kes berunsur serius.
01:28Enam bekas kaki tangan kanan Apple Daily, seorang aktivis dan seorang pembantu guaman turut berdepan hukuman.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments