Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Astro meneruskan jelajah Assalamualaikum di Masjid Seberang Takir bersama duta Ramadan & Raya 2026, Zizan Razak, bagi menghidupkan semangat kebersamaan ‘Bila Bersama Lagi Jadi’.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Astro meneruskan inisiatif mendekati komuniti menerusi siri jelajah Assalamualaikum.
00:06Kali ini singgah di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu,
00:10sempena kempen Ramadan dan Raya 2026 bertemakan Bila Bersama Lagi Jadi.
00:17Duta Ramadan dan Raya Astro 2026 Zizan Razak berkata,
00:21penganjuran siri Assalamualaikum Terengganu membanggakan
00:25apatah lagi negeri itu terkenal dengan kekuatan budaya dan pegangan agama.
00:31Zizan turut mengakui tema Bila Bersama Lagi Jadi cukup dekat dengan realiti kehidupannya
00:37yang sering terikat dengan jadual kerja padat.
00:41Menurutnya kebersamaan bersama keluarga dan rakan-rakan menjadi lebih bermakna
00:46apabila dapat diraihkan dalam suasana berteraskan agama dan nilai kemanusiaan.
00:52Saya sangat suka benda-benda yang mendekatkan kita dengan masjid,
00:57dengan agama, dengan tradisi kita balik, dengan jiwa kita,
01:02Melayu campur Islam ni kan.
01:03So, saya sangat-sangat, sebab tu saya terima jadi ambassador kan.
01:08Sebab last year saya dah join.
01:09So, last year kalau ikutkan saya memang, orang kata join sebab
01:13masa tu saya tengok jadual okey, so dia orang jemput, saya join je lah kan.
01:17Ketika dia orang-orang akan jadi ambassador.
01:18Saya pun willing to do this.
01:20sebab saya tengok benda ni sangat murni, sangat indah, sangat bagus dan sangat perlulah.
01:26Assalamualaikum Terengganu, terus menjadi platform Astro
01:30untuk merapatkan jurang antara hiburan, kerohanian dan komuniti
01:34sekaligus menghidupkan semangat Ramadan melalui kebersamaan yang tulim.
01:40Alright, kepada anda semua, saya Zahra Zahra, saya ucapkan selamat menyambut Ramadan.
01:45Lupakan benda-benda dunia ni, fokus akhirat pula di sini insyaAllah.
01:50Terima kasih telah menonton.
Comments

Recommended