Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Amerika Syarikat catatkan sekurang-kurangnya 733 kes demam campak yang disahkan setakat tahun ini, sekali gus empat kali ganda jumlah yang direkodkan dalam setahun.
Transcript
00:00Amerika Syarikat catatkan sekurang-kurangnya 733 kes demam campak yang disahkan setakat tahun ini, sekaligus 4 kali ganda jumlah yang direkodkan dalam setahun.
00:12Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit CDC pada Jumaat memaklumkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding perata tahunan jangka panjang kira-kira 180 kes sejak penyakit itu diisytiharkan terhapus di Amerika pada tahun 2000.
00:27Angka itu bagaimanapun tidak termasuk rekod tertinggi 2276 kes yang dicatatkan pada tahun lepas.
00:36Lonjakan itu berlaku ketika South Carolina sedang berhadapan dengan apa yang disifatkan oleh pegawai sebagai wabak demam campak terbesar dalam sejarah baru-baru ini, manakala beberapa negeri lain terus melaporkan wabak aktif.
00:48Antara negeri lain yang mengesahkan kes termasuk Arizona, California, Florida, Georgia, North Carolina, North Dakota, Ohio, Oklahoma, Virginia dan Washington.
01:02Pegawai kesehatan menyatakan kebanyakan wabak tertumpu di kawasan yang mempunyai kadar liputan vaksinasi yang rendah.
01:07Data CDC menunjukkan peratusan kanak-kanak tadika yang menerima vaksin demam campak, begok dan rubella MMR telah menurun daripada 95% pada 2019 kepada di bawah 93% pada 2025.
01:22Pakar kesehatan awam berkata imuniti berkelompok biasanya memerlukan kadar vaksinasi sekitar 95% untuk memperlahankan penyebaran virus berkenaan.
01:31CDC menyatakan bahawa dua dos vaksin MMR adalah kira-kira 97% berkesan dalam mencegah jangkitan demam campak.
Comments

Recommended