00:00Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan samun di kampung baru Mantin Nilai.
00:07Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata,
00:10suspek berusia 40-an ditahan jam 5.44 pagi Sabtu sekaligus menyelesaikan tiga kes jenayah samun bersenjata di daerah perkenaan.
00:21Jelasnya beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah dirampas,
00:25merangkumi wang tunai RM500, dua cincin emas, seutas rantai emas, jam tangan jenama Rolex,
00:33dua keping mata wang warga asing dari Amerika Syarikat dan Cina, serta sebuah telefon bimbit.
00:39Menerusi kenyataan, beliau berkata, beberapa barangan peribadi termasuk pakaian serta aksesori
00:45dipercayai dipakai semasa kejadian, turut dirampas bagi membantu siasatan
00:50mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
00:53Suspek direman selama 7 hari hingga 13 Februari ini.
Comments