00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat hubungan strategik antara Malaysia dan India boleh menjadi suara yang mengutamakan dialog berbanding persaingan sempit.
00:09Menurut beliau, dunia kini berdepan pelbagai ketidaktentuan dan rantau ini memerlukan kerjasama yang melebihi kepentingan diri semata-mata.
00:18Katanya dalam berdepan ketidaktentuan, rantau ini memerlukan suara yang mengutamakan dialog berbanding persaingan dan kerjasama mengatasi kepentingan diri yang sempit.
00:27Justru tegasnya, Malaysia dan India boleh menjadi antara suara tersebut.
00:32Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama di pusat konvensyen The Minds bersama komuniti India.
00:38Ucapan Perdana Menteri disampaikan dihadapan ribuan pengunjung dan Perdana Menteri India Narendra Modi sempena lawatan rasmi beliau yang ketiga selama dua hari.
Comments