Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Adam Adli Abdul Halim didakwa melakukan dosa besar apabila kini menjawat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, namun tidak mampu menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) seperti diperjuangkannya semasa menjadi aktivis pelajar.

Perumpamaan itu disuarakan beberapa gerakan mahasiswa yang menuntut reformasi itu ditunaikan segera.

Sebagai reaksi terhadap pendirian itu, mereka akan berarak dari Taman Tugu ke Parlimen pada Isnin depan bagi mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Transcript
00:00Adam Adli didakwa tidak menunaikan janji apabila gagal menghapuskan AUKU walaupun kini memegang jawatan timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
00:09Ini kerana beliau sebelum ini memperjuangkan pemansuhan itu sewaktu menjadi aktivis pelajar.
00:14Perumpamaan itu disuarakan beberapa gerakan mahasiswa yang menuntut reformasi berkenaan ditunaikan segera.
00:21Sebagai reaksi terhadap pendirian itu, mereka akan berarak dari Taman Tugu ke Parlimen pada istinian depan bagi mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
00:36Adam Adli yang dahulu juga ada dalam sejarah dalam perjuangan ataupun perlawanan memansuhkan AUKU itu sendiri.
00:43Jadi sekarang bila Adam Adli sudah jadi timbalan Menteri adalah satu dosa besar untuk Adam Adli kalau dia membelakangi apa yang dia dahulu perjuangkan iaitu untuk memansuhkan AUKU.
00:54Jadi kawan-kawan mahasiswa di sini berkumpul melibukkan sekretariat Mansuh AUKU dengan idea dan tutupan yang jelas.
01:02Mansuh AUKU sekarang. Mansuh AUKU segera.
01:05Demonstrasi aman yang dijadual jam 9 pagi itu akan melibatkan lebih 30 kumpulan pelajar termasuk Persatuan Belia Baru Universiti Malaya,
01:15Kimpunan Advokasi Rakyat Malaysia dan Liga Mahasiswa Universiti Malaya.
01:20Menurusi sidang media pada Jumaat, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya, Tang Yizi mendakwa,
01:26AUKU menyekat kebebasan mahasiswa dan lebih mengutamakan kuasa institusi.
01:31Universiti sepatutnya menjadi tempat berfikir bebas dan bukan dikawal oleh kepentingan politik.
01:39Apa yang lebih mengecewakan adalah net chancellor yang dilantik oleh menteri tiba-tiba semua keluar untuk mengadakan satu kenyataan
01:48dengan nada yang sama seolah-olahnya mempertahankan menteri dan bukan mempertahankan mahasiswa dan kebebasan ilmu.
01:55Minggu lalu, Kementerian Pendidikan Tinggi menyatakan pihaknya tidak mempunyai rancangan memangsuhkan AUKU secara keseluruhan.
02:04Namun menegaskan AUKU telah dipindah 8 kali bagi tujuan penambahbaikan melibatkan pelbagai skop.
02:12Terima kasih telah menonton!
02:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended