00:00Puan Yang Di-Pertua, Kementerian Komunikasi telah memperkenalkan dana innovasi media sebagai satu inisiatif strategi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan kelangsungan industri media tempatan melalui lebih banyak peluang pekerjaan kepada pengamah media dalam menghadapi cabaran ekosistem digital yang semakin berkembang pesat.
00:25Dana ini bertujuan mempercepat proses transformasi digital organisasi media tempatan, memperkukuh keupayaan pengamah media melalui penerapan teknologi baharu dan inovasi kandungan, meningkatkan daya saing dan kemampanan organisasi media dalam era digital serta menggalakkan penghasilan kandungan media yang berkualiti, beretika dan bertanggungjawab.
00:54Inisiatif ini juga penting bagi memastikan organisasi media arus perdana dan alternatif mampu menyesuaikan diri dan memupuk persaingan yang kondusif dan konstruktif dengan pertubuhan pesat percinta kandungan dan pempergaruh digital tanpa menjejaskan prinsip kewatawanan dan kepentingan awam.
01:18Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pelaksanaan dana inovasi media.
01:27Dana ini terbuka kepada organisasi media tempatan yang berdaftar secara sah dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan,
01:36termasuk pendaftaran dengan Jabatan Penerangan Malaysia-Japan sebagai langkah memastikan penyaluran dana dilaksanakan secara berintegriti dan juga berfokus.
01:48Pemohonan dana inovasi media dilaksanakan secara berfasa melalui foto rasmi
01:54https-dana-inovasi-media.komunikasi.gov.my
02:02Pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM300,000 bagi setiap permohonan tertaluk kepada penilaian dan kelulusan jawatan kuasa yang ditetapkan.
02:16Sebagai sebahagian daripada proses penilaian, pemohon yang memenuhi syarat akan dipanggil untuk sesi pembentangan dengan izin pitching
02:27yang berlangsung mulai hari ini iaitu 5 hari bulan Februari 2026.
02:33Dana ini boleh digunakan bagi tujuan latihan dan peningkatan kemahiran berkaitan teknologi media,
02:40pemberian atau naik taraf peralatan dan pengisian media dan pembangunan kandungan inovatif serta inisiatif digital lain
02:48yang menyokong transformasi organisasi media.
02:52Sekaligus membantu mengekalkan tenaga kerja sedia ada dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam sektor media digital.
03:01Media juga bertanggungjawab memastikan dana ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan penghasilan berita dan kandungan
03:09yang mampu menyamai perpaduan, meningkatkan pengetahuan rakyat, memupuk semangat kenegaraan dan kebersamaan
03:16serta menyediakan informasi serta maklumat yang disampaikan adalah tepat dan mematuhi etika kewatawanan.
03:24Bagaimana kerajaan nak memastikan ketelusan pemberian dana ini supaya benar-benar diberi kepada pihak pemain media yang betul-betul memerlukan.
03:33Kalau dana ini telahpun mula diagihkan, bolehkah memakti malam menteri dedahkan siapakah yang telah menerimanya?
03:41Kalau belum lagi mungkin didedahkan selepas ini supaya ketelusan itu dapat dilihat.
03:45Yang kedua, apabila dana ini datang daripada kerajaan, bagaimana kerajaan nak memastikan media ini bebas melaporkan?
03:54Tadi yang mematuhi sebut ada prinsip kewatawanan, etika kewatawanan.
03:58Jadi mereka kena laporkan dengan bebas tanpa perlu terikat dengan naratif mana-mana pihak, terutamanya naratif kerajaan.
04:04Bagaimana perkara ini dapat dijamin supaya media ini bebas, tidak mengungkong dengan dana yang diberikan?
04:09Dan akhir sekali, poin yang ketiga, menyentuh tentang penghasilan kandungan kreatif.
04:14Kita ada lihat bakat-bakat tempatan, contohnya dalam yang terbaru ini Astro Shaw Cinematic Universe.
04:22Film beraksikan ataupun bertemakan Cinematic Universe ini yang bersambung-sambung, bersiri-siri.
04:29Hero ini muncul dalam film yang lain.
04:31Di peringkat terbangsa telahpun ada Captain Marvel, Fast and Furious.
04:35Di Malaysia ini kita baru mula mencuburi.
04:39Kita ada syarif.
04:40Kita nak syarif itu muncul dalam film-film lain.
04:44Jadi bagaimana dana ini dapat bantu industri film tempatan untuk bertemakan Cinematic Universe ini dapat terus berkembang.
04:51Terima kasih, Puan Deput.
04:52Terima kasih, Ali Yang Berhormat.
04:55Terima kasih, Puan Speaker.
04:57Pertama, sebenarnya kami ada satu jawatan kuasa yang ditubuhkan untuk buat penilaian dan juga buat pemilihan.
05:04Jawatan kuasa itu dipengerusi oleh TKSU, Kementerian Komunikasi,
05:09yang duduk tawan dalam jawatan kuasa ini termasuklah SUB, termasuklah suar kepada Menteri Komunikasi dan juga lah kita juga ada wakil daripada Japan, MCMC dan juga ITA.
05:20Jadi mereka yang akan buat penilaian.
05:23Seperti yang saya sebut tadi, hari ini adalah hari pertama untuk pemohon buat pitching.
05:2810 akan dipanggil untuk buat pitching pada hari ini.
05:32Yang baki ada 29 lagi.
05:35Juga akan dipanggil untuk buat pitching.
05:37Dan jawatan kuasa ini akan buat penilaian dan menentukan sama ada pemohonan mereka dilulus dan sekiranya dilulus,
05:44apa jumlah danah yang akan diluluskan kepada mereka.
05:48Jadi ini untuk soalan pertama.
05:50Untuk kedua tentang kebebasan media, saya rasa ini adalah satu dalemah yang dihadapi oleh kerajaan.
05:56Media kita, khasnya media tempatan, media tradisional, mereka cakap bahawa dalam zaman digital ini banyak pesaingan yang mereka hadapi.
06:06Khasnya apabila advertising expenditure, expenses.
06:10Sebenarnya sekarang banyak pergi ke Google, banyak pergi ke platform seperti Meta dan mereka yang media tempatan yang mereka dapat sebenarnya sudah jatuh dengan begitu basah.
06:21Banyak.
06:22Jadi oleh sebab itu, kerajaan memperkenalkan dana ini.
06:26Dana ini, saya rasa hasyat kita bukanlah untuklah.
06:29Memastikan bahawa media-media ini akan selalulah cakap baik tentang kerajaan.
06:36Saya boleh bagi senarai kat sini yang selalu sangat-sangat kritikal terhadap kerajaan pun banyak.
06:41Dalam senarai 39 yang dipanggil ini, kami ada pelbagai bahasa, kita ada astro, ada buat permohonan, kita ada New Strait Thai, kita ada China Press, kita ada sepertilah Sinchu Daily, Makan Osei dan juga daripada Sabah, Sarawak, Dayak Daily, Tawau Kini, Vanakam Malaysia.
07:01Jadi saya rasa kalau tengok tradikode mereka, mereka sebenarnya juga sangat-sangat kritikal terhadap apa-apa yang dilaksanakan oleh kerajaan.
07:10Mereka tidak akan selalu puji-puji kerajaan sahaja.
07:12Jadi hashrat untuk kita memperkenalkan dana ini adalah untuk memasti media kita, khas yang media tempatan boleh transform dalam zaman digital ini.
07:22Soalan ketiga sebenarnya adalah tentang animasi ataupun tentang film tempatan.
07:27Itu bukan di bawah dana ini, tetapi itu adalah di bawah Finas kami juga ada dana seperti FIMI untuk membantu mereka.
07:35Oleh sebab itu, dia tak sentuh tentang dana animasi media, saya tak bagilah jawapan yang panjang.
07:40Terima kasih Puan Speaker.
07:42Terima kasih Puan Yaudi Pertua.
07:43Saya ingin tanya dari segi impak yang kepanjang dan kelasterian industri ini.
07:52Bagaimana kementerian memastikan bakat yang dibangunkan melalui dana ini tidak berhijrah keluar daripada industri media tempatan akibat gaji yang rendah ataupun ketidakstabilan kerjaya.
08:10Dan adakah dana ini akan disepadukan dengan dasar-dasar lain seperti insentif cukai, perlindungan pekerja kreatif atau reformasi model pembiayaan media.
08:27Sekian, terima kasih.
08:27Terima kasih Ali yang berhormat ataslah soalan tersebut.
08:33Dana ini akan disaruhkan terus kepada pemohon iaitu organisasi media yang buat pemohonan kepada Japan.
08:42Oleh sebab itu, sebenarnya dana ini tak terus secara terus pergi ke pengamah media.
08:48Tetapi pengamah media memang akan teruslah menerima manfaat di bawah dana ini.
08:53Kerana dana ini juga boleh digunapakai untuk sebenarnya bagilah latihan, upskilling untuk pengamah media.
09:01Jadi, saya rasa untuk memastikan bahawa pengamah media akan kekal dalam industri media, dalam organisasi tersebut ataupun mereka akan kekal di Malaysia walaupun pergi ke organisasi yang lain.
09:14Saya rasa itu adalah syarat-syarat yang ditetapkan apabila organisasi media itu buat pilihan.
09:20Tetapi memang, saya rasa tujuan untuk kita memperkenalkan dana ini adalah pertama, kita nak pastikan bahawa kita boleh wujudkan satu ekosistem yang lebih sehat.
09:31Kita boleh pastikan bahawa pengamah media kita bolehlah adapt kepada teknologi terbaru.
09:37Dan pada masa yang sama, kita nak pastikan bahawa kualiti berita-berita yang dihasilkan itu tidak terjejas.
09:44Sekian sahaja jawapan saya. Terima kasih.
09:50Terima kasih.
Comments