00:00Pada hari ini, saya ingin memberi sedikit update ataupun maklumat terkini
00:07berkaitan inisiatif yang diumumkan oleh Yang Mbak-Mak Perdana Menteri
00:11sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional atau HAWANA 2025
00:16untuk menyokong pembangunan industri media tempatan melalui pendanaan berjumlah RM30 juta.
00:24Dana ini bukan hanya bertujuan memperkukuh keupayaan organisasi media
00:29melalui penerapan teknologi baru, pembangunan kandungan berkualiti
00:34serta peningkatan kemahiran tenaga kerja malah menjadi pemangkin
00:38kepada ekosistem media yang lebih mampan, progresif dan berdaya saing
00:44terutama pada ketika pelbagai perubahan sedang melanda sektor media.
00:51Kerajaan yakin inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang kepada organisasi media
00:56terutama organisasi media tempatan untuk berkembang
01:01dan menyumbang kepada penyampaian maklumat yang tepat, berintegriti,
01:06beretika dan berkualiti kepada rakyat.
01:10Untuk makluman rakan-rakan media,
01:12Dana Inovasi Media Fasa 1 yang dibuka pada 1 sehingga 14 Januari 2026
01:18telah menerima sambutan yang menggalakkan dari organisasi media.
01:22Sebanyak 50 permohonan telah diterima dan menunjukkan tahap keyakinan
01:27dan kesediaan pemain industri untuk bergerak ke arah transformasi yang lebih progresif.
01:32Dari jumlah tersebut, sebanyak 34 organisasi media telah diluluskan
01:37dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM10.3 juta.
01:42Keputusan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan
01:46dana disalur secara berimpak tinggi, telus dan memberi manfaat langsung
01:53kepada pembangunan kapasiti industri, termasuk aspek teknologi,
01:58kandungan dan pembangunan bakat.
02:02Dalam masa yang sama, permohonan bagi Fasa 2 yang telah dibuka
02:06antara 9 hingga 22 Februari yang lalu, turut menunjukkan momentum positif
02:12dengan penyertaan 19 organisasi media, manakala Fasa 3 akan dibuka pada ahad ini
02:191 hari bulan Mac sehingga 14 hari bulan Mac.
02:25Perkembangan ini memperlihat kesungguhan pemain industri untuk terus berinovasi
02:30serta menyesuaikan model perniagaan mereka dengan keperluan dan realiti perniagaan semasa.
02:43Terima kasih.
Comments