00:0012 pertubuhan pro-Palestin menghantar memorandum sokongan ke atas Republik Islam Iran di Kuala Lumpur pada Jumaat.
00:09Susulan intimidasi yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akibat ketegangan antara kedua-dua negara.
00:16Wakil NGO berkata solidariti ini bukan bertujuan untuk mencampuri urusan Iran.
00:23Namun negara itu mempunyai titik persamaan dengan Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap isu Palestine.
00:30Kebersamaan kita ini insyaAllah akan kita terus tingkatkan khususnya di antara Iran dan Malaysia dan itu akan menjadi satu simbol kekuatan insyaAllah bagi perjuangan membebaskan Palestine insyaAllah.
00:43Mereka berpendapat tindakan Trump melanggar prinsip asas piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, undang-undang antarabangsa dan persamaan kedaulatan negara.
00:54Wakil NGO juga berpandangan kenyataan Trump menyokong rusuhan pada 8 dan 9 Januari lalu.
01:00Yang bertindak ganas di bandar-bandar besar di Iran adalah keterlaluan.
01:05Kita bukan kata demo protes tapi sebenarnya rusuhan yang ditaja oleh pihak Amerika yang memulang-ulangkan seruan supaya satu perubahan ke atas pemerintah rejim dilakukan.
01:24Dan ternyata mereka membiaya perusahaan itu yang mengakibatkan terbunuh agak ramai termasuk anggota keselamatan Iran yang menjadi mangsa.
01:39Jadi kami menyatakan takziah kepada mangsa-mangsa yang telah terperangkap dalam kejadian itu.
01:47Antara tuntutan NGO menggesa negara berdaulat menolak kempen kudeta kerajaan sah, menyeru PBB bertindak secara neutral, menyeru gerakan sivil menentang propaganda dan naratif perang serta mendesak media,
02:02menegakkan kebenaran demi mempertahankan kedaulatan dan undang-undang antarabangsa.
02:07Memorandum tersebut diserahkan kepada Duta Iran ke Malaysia, Valiullah Muhammad Nasrabadi selepas solat Jumaat.
Comments