00:0012 murid di sebuah sekolah di Pulau Pinang dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan, susulan pengambilan makanan dari kantin sekolah berkenaan.
00:10Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Muhammad Zidaudin Mat Sa'ad berkata, kantin sekolah tersebut diarah ditutup bagi membantu siasatan dan menjamin keselamatan makanan.
00:20Katanya kejadian melibatkan murid tahun 4 hingga 6 dengan lebih 600 murid terdedah dan kadar serangan direkodkan sebanyak 1.98%.
00:34Beliau berkata notifikasi awal diterima daripada Pejabat Pendidikan Daerah sebelum unit kawalan penyakit berjangkit, unit keselamatan dan kualiti makanan serta pegawai teknologi makanan menjalankan siasatan lapangan pada hari sama.
00:48Murid terlibat dilapor mengalami simptom seperti muntah, sakit perut, jirit-birit, sakit kepala dan demam.
00:56Pemeriksaan premis kantin menedahkan rating kebersihan sebanyak 78.16% dan satu notis kesalahan dikeluarkan di bawah peraturan-peraturan kebersihan makanan, susulan penemuan lipas.
01:09Pejabat Kesehatan Daerah juga mengeluarkan perintah penutupan premis dapur kantin sehingga siasatan selesai.
01:15Tindakan pembetulan diberikan kepada pengusaha makanan, pengesanan kes secara aktif diteruskan dan pendidikan kesihatan berkaitan keselamatan makanan disampaikan kepada guru dan pengendali kantin.
Comments