Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang memiliki dua hotel didakwa memaksa kontraktor untuk menyewa penginapan dengannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kontraktor yang menjalankan sesuatu projek dengan TLDM memerlukan penginapan untuk pekerja mereka dan keadaan itu dieksploitasi oleh pegawai berkenaan bagi kepentingan peribadi.
Transcript
00:00Seorang pegawai kanan tentera laut diraja Malaysia TLDM yang disiasat suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM didapati menyalahguna kedudukan dengan memaksa kontraktor menyewa penginapan di dua hotel miliknya.
00:16Ketua Pesuruh Jaya SPRM Tan Sri Azam Baki mendedahkan kontraktor yang menjalankan projek dengan TLDM itu memerlukan penginapan untuk pekerja mereka dan keadaan tersebut dieksploitasi oleh pegawai berkenaan bagi kepentingan pribadi.
00:32Berkongsi dalam podcast sekolah hitam SPRM Azam berkata siasatan mendapati antara enam hingga lapan kontraktor yang terbabit dengan projek itu diarah menyewa hotel berkenaan bagi menempatkan pekerja mereka.
00:47Terbaru sekali, kes TLDM. Bayangkan satu bukuan kanan TLDM ada dua biji hotel. Dalam kes itu awak tahu apa? Dalam kes berkenaan dipaksa kontraktor 6 ke 7 kontraktor ke 8 menyewa hotelnya dengan letak pekerja-pekerja dia sebab kontrak dengan TLDM menggunakan pekerja luar dan sebagainya.
01:08Mereka perlu penginapan. Dipaksanya untuk bayar. Jadi nak tanya sekarang Tuan Nisyam, saya nak tuduh pemberi ke penerima?
01:17Yang penerima ni, dua biji hotel ni. Yang pemberi ni, kehidupan mereka dalam ketakutan. Kehidupan mereka dalam satu stres.
01:27Paksaan.
01:27Paksaan. Bisnes dia akan bankrupt. Nampak tak?
01:31Rabu laru seorang pegawai kanan TLDM direman kerana disyaki terbabit rasuah dengan mengesyorkan serta melantik syarikat kroni bagi mendapatkan kerja di tempat beliau bertugas.
01:43Siasatan juga mendapati pegawai kanan TLDM itu disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen diterima termasuk beberapa aset tidak alih serta kemasukan kira-kira 2 juta ringgit daripada sumber diragui ke akaun peribadi dan dua akaun syarikat perhotelan miliknya.
02:01Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended