00:00Perbalanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN melancarkan kempen cabutan simpan SSPN 2026 sebagai usaha berterusan memperkukuh budaya menabung khususnya bagi simpanan pendidikan jangka panjang.
00:14Kempen sepanjang tahun ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1.4 juta untuk dimenangi 954 orang pemenang daripada pelbagai kategori cabutan.
00:30Menurut pengurusi PTPTN, Datuk Serinur Liza Alurahim, buat julung kalinya PTPTN memperkenalkan cabutan simpan SSPN baru seli bagi menarik penyertaan generasi muda berumur antara 16 hingga 29 tahun.
00:43menarik penyertaan generasi muda.
00:54Cabutan ini terbuka kepada pendeposit simpan SSPN Prime dan simpan SSPN Plus yang berumur antara 16 hingga 29 tahun yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam lempong keping.
01:10Pada majlis yang sama, PTPTN turut meraihkan pemenang cabutan WOW Simpan SSPN 2025 kategori cabutan WOW Tahunan dan cabutan siri WOW Superheroes.
01:20Pemenang kategori Platinum, Umi Khalsa Abdul Razak, seorang pesara guru, tidak dapat menahan sebab apabila menerima panggilan yang memaklumkan beliau memenangi hadiah utama cabutan simpan SSPN.
01:30Menabunglah dengan PTPTN kerana anda tidak rugi sebenarnya.
01:37Kemungkinan apa yang saya dapat pada hari ini juga boleh dimiliki oleh anda semua di luar sana.
01:46Sementara itu bagi pemenang kategori Gold, Evita Ang Yan Yan, simpanan konsisten dalam simpan SSPN sebelum ini akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai pemenang cabutan.
01:57Jadi first saya simpan duit di SSPN ini sebenarnya untuk menabunglah untuk beli kereta.
02:03Jadi sekarang saya sudah menangi satu kereta jadi saya memang akan, untuk keperluan saya lah juga.
02:10Dan SSPN juga, dividen dia juga tinggi lah. Last year dividen dia dalam 4.05% dan juga dia boleh buat tax relief lah.
02:20PTPTN menggalakkan orang ramai merebut peluang menyertai cabutan simpan SSPN 2026 dengan membuka akaun atau menambah simpanan dalam tempoh kempen.
02:31Untuk maklumat lanjut berkenaan simpan SSPN, layari portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi MyPTPTN.
02:39Terima kasih telah menonton!
Comments