Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
3,565 kes kebakaran terbuka di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini.
Transcript
00:00Sebanyak 3,565 kes kebakaran terbuka diterima Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini, kata Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nurhisha Muhammad.
00:15Daripada jumlah itu, 2,660 kes atau 74.6% melibatkan kebakaran kawasan berlukar, manakala selebihnya kebakaran di kawasan pembakaran sampah, hutan, kebun kecil, sawah, ladang dan tapak pembinaan.
00:34Katanya jumlah kebakaran itu meningkat berbanding yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
00:39Nurhisham berkata pembakaran terbuka bukan sahaja membahayakan nyawa tetapi juga mendatangkan kerugian kepada harta benda.
00:48Sepanjang tahun lalu menyaksikan bomba mencapai sasaran 67.5% masa tindak balas di bawah 10 minit dengan pengurangan tempoh masa Rest National Average Respond Time kepada 8.45% berbanding 8.48% pada 2024.
01:06Katanya sasaran awal ialah 63% tetapi telah meningkat kepada 67.5%.
01:14Ini bermakna bomba kini berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran petunjuk prestasi utama KPI 70% bagi masa tindak balas di bawah 10 minit menjelang 2030
01:26seperti yang digariskan dalam Plan Strategik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2026-2030.
Comments

Recommended