Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Batu Caves, Selangor pada Jumaat bagi meninjau persiapan sambutan Hari Thaipusam yang akan diraikan penganut Hindu, Ahad ini.  

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kira-kira satu jam ke Batu Keeves Selangor pada Jumaat bagi meninjau persiapan sambutan Hari Taipusam yang akan diraihkan penganut Hindu ahad ini.
00:13Lawatan itu tertumpu di kawasan Kuil Seri Subramaniar Suami, Batu Keeves, lokasi utama yang menjadi tumpuan penganut Hindu dari dalam dan luar negara setiap tahun bagi melaksanakan upacara keagamaan sempena Taipusam.
00:27Ketibaan Anwar kira-kira 2.30 petang disambut Menteri Digital Gobing Sindio, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ar Ramadan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari serta pengurusan Kuil sebelum dibawa meninjau beberapa lokasi utama.
00:44Antara lokasi dilawati ialah laluan perarakan dan reruai kementerian serta agensi di Tapak Madani Taipusam yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung termasuk pemeriksaan kesihatan.
00:57Dalam lawatan itu, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan penganut dan sukarelawan yang terlibat dalam persiapan sambutan selain menghadiri taklimat bersama pihak pengurusan bagi memastikan perayaan berlangsung lancar dan selamat.
01:12Perarakan pedati dari Kuil Seri Maha Mariaman Dewas Tanam di Jalan Tun H.S. Lee menuju ke Batu Keeves sembilan malam ini menandakan bermulanya sambutan Taipusam.
01:23Pagi melancarkan perarakan, sebanyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat.
01:33Penutupan itu membabitkan persimpangan Jalan Lebuh Ampang, Jalan Perak, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, Jalan Tuntan Ceng Lok, Jalan Sultan, Jalan Sultan Jalan Hang Jebat serta Jalan Sultan Jalan Petaling.
01:45Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended