Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan sudah menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta bagi pendidikan awal tahun satu untuk usia enam tahun.
Transcript
00:00Peruntukan kewangan mencecah RM1 bilion diperlukan bagi memastikan pelaksanaan dasar kemasukan murid ke tahun 1 seawal usia 6 tahun berjalan lancar.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sudah menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta
00:16meliputi pengambilan guru baru dan penyediaan bilik darjah tambahan di sekolah terlibat.
00:23Berapa kita perlu? Hampir RM1 bilion tahun ini. Boleh cari? Kita cari juga.
00:30sebab kita nak anak-anak kita merasa nikmat pendidikan yang baik di negara kita.
00:38Itu sikap kita saudara-saudara. Jadi tahun ini kita mula dan saya harap ibu bapa beri kerjasama, beri galakan.
00:47Kalau tidak kita gaduh soal. Aliran mana, sebagainya. No.
00:53Tumpu mutu pendidikan. Quality of education. Itu yang cabaran kita terbesar.
01:00Negara ini, kalau mahu angkat martabat, mahu maju, mutu pendidikan mesti dibaiki.
01:06Mesti baik penguasaan bahasanya. Bahasa Inggerisnya. Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.
01:13Mesti baik pahaman tentang matematik dan sainsnya. Mesti baik dari segi artificial intelligence-nya.
01:20Dan new technology. Ini yang patut menjadi matlamat kita.
01:25terima kasih telah menonton.
Comments

Recommended