Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk di seluruh negeri itu agar kekal terhidrat dan mengambil langkah melindungi diri daripada haba melampau, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan berbahaya dan berpotensi membawa maut seperti keletihan haba, strok haba, serta mencetuskan serangan jantung atau angin ahmar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rekod suhu tertinggi sepanjang masa di negeri Victoria, Tenggara, Australia
00:05dipecahkan pada selasa ketika negeri itu dilanda gelombang haba teruk.
00:10Menurut Biro Meteorologi BOM, pekan kecil Welpup, kira-kira 400 km barat laut Melbourne
00:17serta lapangan terbang di pekan berdekatan Hopeton,
00:21masing-masing merekodkan suhu maksimum 48.9 darjah Celsius pada petang selasa.
00:30Bacaan itu melepasi rekod tertinggi Victoria sebelum ini iaitu 48.8 darjah Celsius
00:36yang dicatatkan di lapangan terbang Hopeton pada Februari 2009.
00:42Rekod baharu itu dicatatkan ketika Victoria dilanda gelombang haba paling teruk sejak 2009
00:47dengan suhu di kebanyakan kawasan melebihi 40 darjah Celsius.
00:53Suhu maksimum 44.1 darjah Celsius direkodkan di lapangan terbang Melbourne
00:59sejurus selepas tiga setengah petang waktu tempatan.
01:02BOM memberi amaran suhu maksimum di bahagian utara negeri itu
01:06dijangka kekal melebihi 40 darjah Celsius selama beberapa hari.
01:29kebanyakan di bahagian utara lainnya.
01:31Sampai jumpa di bahagian utara lainnya.
01:32kira-kira dan juga masyarakat dan juga masyarakat di kira-kira-kira.
Comments

Recommended