00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa projek Jalan Pintasan Semenyih disegerakan supaya rakyat dapat menikmati kemudahan itu.
00:09Tegasnya tiada sebab untuk projek ini ditangguhkan sehingga berbulan-bulan yang bakal merugikan pelbagai pihak.
00:18Saya kalau dah kita dah setuju, semua in order, percepatkan proses. Kalau boleh siap 3 bulan, sebab apa nak tangguh 6 bulan?
00:26Jadi, kita berpendapat, projek ini harus kalau dah setuju semua, ikut semua peraturan, segerakan dan jangan lengahkan.
00:39Saya lihat projek DKL, nak lulus, kalau ikut lama, kalau dulu 6 bulan, 8 bulan. Saya tak faham. Yang boleh lulus 2 bulan, sebab apa nak tunggu 6 bulan?
00:56Ikut peraturan, prosedur mesti betul. Kalau boleh lulus 2 bulan, lulus 2 bulan. Tidak ada sebab nak tangguh.
01:05Ini negara Malaysia baru. Malaysia yang mahu mencatat pertumbuhan yang lebih baik. Kita tak boleh lengahkan.
01:12Projek Jalan Pintasan Semenyih merupakan kerjasama strategik antara syarikat pemaju, KHK Land dan Kerajaan Persekutuan
01:19yang melibatkan pembinaan laluan sepanjang 4.3 km dengan 4 lorong.
01:25Ia bakal menghubungkan Semenyih ke Lebuh Raya Silk serta beberapa Lebuh Raya utama lain, termasuk Lebuh Raya Kajang Seremban dan CKI.
01:33Laluan ini dijangka mengurangkan kesesakan trafik setempat dan memindikkan masa perjalanan ke Kuala Lumpur
01:39daripada kira-kira 45 minit kepada hanya 20 minit.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments