Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kesatuan Eropah (EU) dan India memuktamadkan perjanjian perdagangan yang tertangguh hampir dua dekad pada Selasa.
Transcript
00:00Kesatuan Eropah, EU dan India memuktamadkan perjanjian perdagangan yang tertangguh hampir dua dekad pada selasa.
00:07Perjanjian bersejarah itu membuka laluan kepada perdagangan bebas antara India dan 27 negara anggota EU.
00:17Perkara itu disahkan Perdana Menteri India Narendra Modi selepas pertemuan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Presiden Majlis Eropah Antonio Costa di New Delhi.
00:28Turut hadir Ketua Dasar Luar EU, Kaya Kalas bersama pegawai kanan kedua-dua pihak.
00:34Nilai perdagangan antara India dan EU mencecah 136.5 bilion dolar Amerika bagi tahun fiskal berakhir Mac 2025.
00:44Pemeterayan perjanjian ini satu usaha global mengurangkan kebergantungan terhadap Amerika Syarikat ketika hubungan perdagangan dengan Washington
00:51dilihat semakin tidak menentu susulan ancaman tarif dan ketegangan geopolitik di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended