00:00Sektor elektrikal dan elektronik E&E, khususnya semikonduktor, terus menjadi antara sektor utama bagi potensi pelaburan negara tahun ini.
00:09Pengurusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MIDAR, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,
00:14tumpuan itu seiring usaha mempelbagaikan industri dan memperkukuh daya saing ekonomi negara.
00:22Menurut Tengku Zafrul, di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Strategi Semikonduk Nasional,
00:28Maida akan terus meneliti langkah bagi memperkukuh ekosistem industri E&E dan semikonduktor yang telah dibangunkan selama enam dekad.
00:37Selain E&E, beliau menjelaskan sektor kimia dan petrokimia, aeroangkasa serta teknologi hijau juga menjadi keutamaan seiring tumpuan terhadap kelestarian dan pelaburan hijau.
00:48Malaysia juga katanya perlu terus memperkukuh kedudukan sebagai hub logistik utama bagi menyokong peranan sebagai negara perdagangan terbuka di peringkat serantau dan global.
00:57Dalam pada itu, Tengku Zafrul menekankan kepentingan kesan limpahan daripada pelaburan bukan sahaja terhad kepada sumbangan kepada KDNK dan peluang pekerjaan tetapi juga dalam mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dengankan jaran yang lebih baik.
01:11Katanya matlamat utama ekosistem pelaburan negara adalah untuk mengintegrasikan syarikat tempatan ke dalam rantaian nilai global, sekaligus membolehkan mereka menyokong syarikat multinasional dan menembusi pasaran luar negara.
01:24Mengulas mengenai nilai pelaburan, Tengku Zafrul menjelaskan sasaran masih dalam proses pemuktamadan dengan Maida turut menilai perkembangan ekonomi global serta kesan limpahan setiap ekonomi yang terlibat.
01:36Terima kasih.
Comments