00:00Majlis Media Malaysia, MMM, Umum Mekanisme Aduan Rasmi, kini dibuka dan beroperasi sepenuhnya.
00:07Ia menyediakan saluran profesional dan berinstitusi untuk orang ramai dan pihak berkepentingan
00:14mengemukakan aduan berkaitan amalan kewartawanan, etika media dan kandungan berita.
00:19Aduan boleh disalurkan melalui email kepada aduan at majlismedia.my atau laman web rasmi
00:28dikendalikan di bawah Jabatan Kuasa Kod Tata Kelakuan dan Aduan.
00:32Ia berfungsi sebagai saluran bebas, telus dan tidak bersifat menghukum selaras dengan prinsip kawal selia kendiri media.
00:41Pengumuman ini dibuat sesulah perkembangan terbaru termasuk isu melibatkan China Press
00:46yang mencetuskan perdebatan awam serta laporan polis yang dibuat pihak tertentu berhubung perkara terbabit.
00:53Menurut MMM, perkara sebegini sepatutnya ditangani menerusi saluran profesional dan berinstitusi,
00:59bukannya melalui tekanan, intimidasi atau tindakan menghukum.
01:04Selaras dengan peruntukan di bawah Akta Majlis Media Malaysia,
01:08organisasi media yang menjadi ahli MMM dikehendaki mewujudkan mekanisme aduan dalaman masing-masing.
01:14Bagaimanapun dalam tempoh interim ini, aduan berkaitan media masih boleh dikemukakan terus kepada MMM melalui saluran yang disediakan,
01:22sementara organisasi media melengkapkan atau memperkemas mekanisme aduan dalaman masing-masing.
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments