00:00Bertemu kembali, serangan Israel ke atas Gaza merupakan pelanggaran serius dan terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
00:09Kementerian Luar pada Khamis menegaskan, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis yang mengakibatkan kematian orang awam termasuk kanak-kanak dan wartawan.
00:19Tambah Wisma Putera, serangan tersebut jelas melanggar perjanjian gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Presiden AS, Donald Trump sebagai sebahagian daripada pelan damai 20 perkara pada 29 September 2025.
00:36Semua pihak yang terlibat dalam konflik ini bertanggungjawab mematuhi undang-undang antarabangsa.
00:42Serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam serta menjejaskan keselamatan dan akses kepada perkhidmatan asas tidak boleh diterima sama sekali.
00:54Tindakan ini membantutkan usaha ke arah meredakan ketegangan demi mencapai keamanan dan kestabilan.
01:01Wisma Putera menyeru penindasan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Palestine dihentikan serta merta.
01:07Malaysia terus menzahirkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi terhadap hak asasi mutlak rakyat Palestine.
Comments