00:00Puan Ketua, Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC
00:06telah mengambil langkah-langkah secara berperingkat susulan daripada sekatan sementara
00:11akses kepada perkhidmatan kecerdasan buatan atau dengan izin Artificial Intelligence, AI, GROC
00:19atau dikenali sebagai GROC AI sejak 11 Januari 2026 di Malaysia.
00:24Untuk makluman, MCMC telah mengeluarkan notis rasmi kepada pihak X-Corp dan X-AI LLC pada 3 dan 8 Januari 2026
00:38berhubung kandungan GROC AI yang dilaporkan memudaratkan dan mengkehendaki tindakan pencegahan diambil segera.
00:46Susulan ketiadaan tindakan pencegahan yang berkesan, MCMC telah, antara lain, mengarahkan penyedia perkhidmatan internet
00:52untuk melaksanakan sekatan sementara akses kepada aplikasi GROC dalam laman web dan aplikasi mudah alih GROC
01:00berkutkuasa 11 Januari 2026 sebagai langkah mitigasi risiko segera.
01:06Berikutan itu, MCMC juga telah mengeluarkan satu lagi notis pada 16 Januari 2026
01:12yang mengkehendaki X-Corp dan X-AI LLC untuk segera melaksanakan moderasi kandungan dan mekanisme keselamatan secara menyeluruh
01:22ke atas fungsi-fungsi multimedia GROC AI.
01:26Berhubung sekatan sementara akses kepada aplikasi GROC tersebut, MCMC memantau pematuhan penyedia perkhidmatan internet
01:33terhadap arahan yang dikeluarkan serta keberkesanan kawalan kandungan oleh platform yang menyediakan aplikasi GROC.
01:41Sehingga kini, MCMC telah merekodkan 17 aduan atau laporan berkaitan aplikasi GROC
01:46yang merangkumi 6 aduan rasmi kepada MCMC, 2 laporan polis yang dikongsi pengadu kepada MCMC,
01:548 aduan melalui penandaan atau tagging media sosial untuk rujukan MCMC,
02:00dan 1 laporan awal pertama, First Information Report yang dibuka oleh MCMC.
02:06Pada 21 Januari, iaitu semalam, saya telah mempenguruskan mesyuarat bersama wakil-wakil platform X
02:13yang bertanggungjawab bagi aplikasi GROC dan mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan,
02:19kemudian komunikasi dan MCMC.
02:22Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan dan komitmen daripada wakil-wakil platform X
02:28tentang langkah-langkah pencegahan, pengukuhan ciri-ciri keselamatan bagi pengguna,
02:33dan usaha-usaha yang telah diambil untuk mematuhi Undang-Undang Malaysia
02:37dalam mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan dalam talian.
02:42Susulan daripada mesyuarat tersebut, wakil-wakil platform X telah mengesahkan
02:46bahawa langkah-langkah pencegahan yang perlu telah dilaksana terhadap aplikasi GROC,
02:51di mana pada masa ini, aplikasi tersebut tidak boleh disalahgunakan
02:55untuk menghasilkan penyuntingan image dan video yang berunsur lucah, sumbang dan seksual.
03:03Wakil-wakil platform X juga telah menegaskan komitmen dan kerjasama mereka
03:07untuk mencegah penularan kandungan-kandungan mudarat dalam talian melalui platform X dan aplikasi GROC.
03:13Berikutan komitmen yang dinyatakan dalam mesyuarat semalam,
03:17saya telah meminta wakil-wakil platform X untuk mengesahkan langkah-langkah
03:21yang telah dilaksana itu secara rasmi kepada pihak MCMC
03:26agar MCMC selaku badan kawal selia boleh menilai keberkesanan langkah-langkah tersebut
03:31dan mengambil tindakan susulan atau tindakan kawal selia yang sewajarnya.
03:37Langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia berhubung aplikasi GROC adalah tepat pada masanya
03:41dan amat perlu bagi melindungi rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan
03:46dari kandungan dalam talian yang memudaratkan.
03:50Langkah-langkah ini juga selaras dengan Undang-Undang Malaysia dan prinsip rukun negara
03:53iaitu keperluan untuk menjamin kesopanan dan kesusilaan masyarakat Malaysia
03:58dan selari dengan amalan-amalan kawal selia antarabangsa.
04:03Beberapa negara lain juga telah mengambil tindakan kawal selia yang serupa
04:06terhadap aplikasi GROC dan PlatformX atas faktor keselamatan dan kepentingan awam
04:11seperti di Indonesia dan Filipina.
04:15Bagi langkah keselamatan jangka masa panjang,
04:17kerajaan memberi tumpuan kepada pengukuhan tatbir urus AI
04:20dan tanggungjawab memberi perkhidmatan dalam talian
04:22bagi memastikan kandungan yang dijana tidak melanggar Undang-Undang Malaysia
04:26termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
04:29dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.
04:33Pendekatan ini disokong melalui tindakan kawal selia kandungan
04:36yang lebih ketat, pemantauan berterusan
04:38dan peningkatan kesedaran awam bagi melindungi rakyat Malaysia
04:41terutama kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan
04:44daripada pendedahan kepada kandungan dalam talian yang memudaratkan.
04:48Terima kasih.
04:48Terima kasih.
Comments