00:00Sebuah mahkamah di Jepun menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Tetsuya Yamagami kerana menembak mati bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.
00:12Yamagami yang berusia 45 tahun sebelum ini mengaku menembak Abe ketika beliau menyampaikan ucapan kempen pelan raya di Bandar Nara, wilayah barat Jepun pada 8 Julai 2022.
00:23Sejurus kejadian, polis menahan Yamagami di lokasi kejadian sejurus selepas serangan menggemparkan Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan Undang-Undang Kawalan Senjata Ketat.
00:36Menurut pihak pendakwaan, perbuatan Yamagami diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan yang amat serius dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pasca Perang Jepun.
00:46Mahkamah bersetuju dengan tuntutan hukuman maksimum dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup selaras dengan peruntukan Undang-Undang Negara itu.
00:55Siasatan mendapati Yamagami terdorong melakukan serangan akibat kemarahannya terhadap Gereja Unifikasi, sebuah organisasi kontroversi dari Korea Selatan.
01:04Beliau mendakwa keluarganya menghadapi kesempitan kewangan selepas ibunya membuat sumbangan besar kepada kumpulan itu dan mempercayai Abe mempunyai kaitan dengan organisasi tersebut melalui sebuah rakaman video ucapan sokongan.
01:19Abe yang merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara itu berusia 67 tahun ketika kejadian.
Comments