Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Derogatory remarks about the food of other races have no place in a multicultural Malaysia, says a government backbencher.

Puncak Borneo MP Datuk Willie Mongin called for mutual respect, citing instances where pork was labelled as disgusting and foul-smelling.

Read more at https://tinyurl.com/mr43crmd

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Tan Sri yang dipertua, saya telah rungkaikan segala masalah di kawasan, masalah yang berlenggu negara kita, tetapi izinkan saya hanya satu dua patah kata lagi bahawa saya juga ingin memberi pesan kepada rakyat Malaysia supaya mereka tidak mencaci makanan bangsa lain.
00:24Saya melihat di sosial media ramai yang menyebabkan bahawa babi itu kotor, busuk dan sebagainya, mereka tidak menghormati makanan orang lain, kita sebagai orang tidak pernah mencaci dan menghina makanan orang lain.
00:39Sebab itu, kita sebagai orang yang makan babi ini tidak banyak yang mengambil rasuah, tidak banyak yang makan dadah, tidak banyak yang sampai membuat perkara yang pelik-pelik, tapi kita dituduh makan babi dan kita tidak menjadi orang bertemadun.
01:02Saya rasa ini perlu dihentikan oleh rakyat Malaysia oleh mana-mana pihak, sebab kita perlu menghormati makanan orang lain, walaupun babi itu busuk, busuk lagilah budu dan belacan.
01:15Tapi kita tidak pernah menghina, jadi kita saling menghormati untuk menjaga dan mendengar titah duli tuanku supaya kita hidup harmoni di dalam negara Malaysia ini.
01:26Jangan kita mencari pasal, sebab negara ini boleh dibangunkan dengan bangsa yang bekerja secara bersama, kita banyak peluang untuk kita membangunkan negara kita, kita lihat negara sekitar kita, Singapura, Vietnam, Laos, Cambodia dan negara-negara Thailand, mereka boleh bersatu hati untuk membangun negara mereka.
01:49Kenapa tidak di dalam Malaysia ini? Jadi, saya berharap kita akur dan menjunjung kasih kepada titah duli tuanku.
01:58Akhir kata, marilah kita terus komitmen kita melaksanakan dasar dan membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang mengutamakan kepentingan bersama demi kemajuan dan kesejahteraan negara.
02:12Dengan itu, sekian terima kasih, saya menjunjung kasih titah duli tuanku.
02:18Baik, terima kasih.
02:20Terima kasih.
02:22Terima kasih.
Comments

Recommended