Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
While one cannot deny the importance of one's race, it should not be used to belittle or insult others, says Datuk Seri Anwar Ibrahim.

This was among the Prime Minister's messages to Malaysians as the nation's diverse community prepares to celebrate the 68th National Day this Sunday (Aug 31).

Read more at https://tinyurl.com/2fsn7tjx

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00This country is unique.
00:30Satu-satunya negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang bertahan dari segi keamanannya, dari segi kesegaran ekonominya, dari segi kekuatan dan semangat perpaduan dan budayanya banding dengan negara sekitar kita, Asia atau di dunia.
00:54Aneh kerana selang beberapa dekat selepas perjuangan menentang penjajahan.
01:04Yang kita menolak penjajahan itu kerana pengkhianatan, keangkuhan kuasa, merampas kekayaan anak negeri, memperbodohkan rakyat,
01:19menghasut supaya ada hilang keyakinan, azmatul siqah, keyakinan kepada kekuatan sendiri dan kagum dengan kekuatan asing.
01:33Kita warisi keadaan sedemikian, India, Indonesia, Algeria, sebut saja mana-mana negara terjajah.
01:43Elit yang awal kadang-kadang dalam mencapai dalam usaha perjuangan kemerdekaan masih terpukau dengan kehebatan barat.
01:55Semua kaum tidak harus dimungkiri kenyataan bahawa yang menjadi induk kekuatannya Melayu dan Bibi Putera.
02:06Tetapi kemerdekaan itu dipermudahkan dengan penyataan dan dukungan kaum-kaum lain, Cina, India.
02:14Sebegitu juga bila kita mencapai persetujuan keberfakatan hari Malaysia.
02:22Saya tekan ke perkara ini kerana maksud saya nak sampaikan.
02:26Bahawa gejala memecah belahkan negara ini berdasarkan kaum, kabilah, wilayah, mesti dihalang dengan keras dan tegas.
02:38Kerana Malaysia itu lebih penting daripada faham-faham sukuan dan daerah.
02:44Percayalah sebagai pelajar dan pengagum sejarah, tidak ada negara yang boleh bertahan.
02:57Kalau menerima hasutan kebencian antara kaum, berilah cadangan apapun.
03:06Termasuk muta akhir ini, pembangunan semula bandar masih dilihat nasi kaum.
03:11Masih diberikan, ditanam dan dihasut rasa takut.
03:14Sudara-sudari, kita tidak boleh mengedepikan kepentingan kaum masing-masing.
03:25Apapun saya bicarakan, saya tetap Melayu.
03:29Saya bangga dengan bahasa saya, bahasa Melayu.
03:31Saya bangga dengan kehebatan budaya Melayu yang agung.
03:37Dengan karya-karya besar dari Raja Ali Haji ke Zabah ke Ungku Aziz ke Nakib Al-Atas.
03:43Saya tetap bangga dan memuliakan mereka.
03:45Tetapi, tidak wajar kebanggaan ini meremehkan, memadamkan, apalagi menghina yang lain.
03:57Sebab itu, ini bukan zero sum game.
04:04Bukan memilih untuk memperhebatkan kekuatan Melayu dan menghina yang lain.
04:08Ataupun di kalangan masyarakat Cina.
04:11Menyatakan keagungan budaya dan tamadun mereka ribuan tahun.
04:16Dan cuba meminggirkan salah olah negara ini tidak ada asas kekuatan.
04:21Bahasanya dan budayanya.
04:23Ataupun di kalangan masyarakat India.
04:26Itu juga tekanan-tekanan dari negeri-negeri.
04:30Baik Sarawak atau Sabah, Pahang, Johor dan sebagainya.
04:36Mereka lupa bahawa Melayu dulu sebelum mereka itu Melayu Johor, Melayu Pulau Pinang, Melayu Kedah, Melayu Kelantan.
04:44Dan bukan semangat semenanjung itu tidak ada.
04:48Hanya dengan perjuangan kebangsaan mengikat kita bersama sebagai kesatuan.
04:53Kemudian mengikat Melayu dan Cina dan India dan Iban dan Kadazan dan Murud dan Bidayuh.
04:59Orang ulu.
05:00Semuanya sebagai satu kekuatan rakyat Malaysia.
05:03Dan harus kita bekerja keras untuk menjaga perasaan, sentimen masing-masing.
05:11Tetapi harus sudah faham ada negara-negara berpecah kerana ketaksuban untuk pertahankan bahasa sehingga menafikan bahasa kaum lain.
05:23Islam itu adalah agama yang harus dihayati.
05:25Tetapi penghayatan Islam itu tidak pernah harus selari dengan penghinaan kepada agama-agama yang lain.
05:33Saya tekankan hal ini kerana kalau kita kata Malaysia madani rakyat disantuni,
05:41itu hanya mampu dimaknai dengan kefahaman dan komitmen dan iltizam yang jelas.
05:48Pertahankan kesatuan kita.
05:50Kesatuan kita maknanya menghormati lita'arafu kepada yang lain.
05:57Dan yakin bahawa manusia ini diangkat martabatnya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended