Tiga pegawai imigresen gred KP2 dan seorang pemilik kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 18 pertuduhan rasuah yang membabitkan aktiviti 'counter setting', sejak tiga tahun lalu.
00:00Tiga pegawai immigration grade KP2 dan seorang pemilik kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Session Johor Bahru atas 18 pertuduhan rasuah yang membabitkan aktiviti kaunter setting sejak tiga tahun lalu.
00:14Tertuduh Mat Azhar Jamal, Hai Rizal Mohamad, Rizal Mohamad Yassin dan Haslan Hazilah mengaku tidak salah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Dato' Ahmad Kamal Arifin Ismail.
00:26Bagi tertuduh Mat Azhar, dia berdepan 14 tuduhan bersetuju terima wang suapan keseluruhan berjumlah RM28,600 dengan tanpa balasan daripada seorang wanita secara pindahan dalam talian.
00:43Yang mana tertuduh bertanggungjawab menyemak dan memastikan dokumen perjalanan warga asing untuk tujuan keluar masuk ke Malaysia adalah sah.
00:52Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank cawangan Simpang Renggam, Johor pada Julai 2024 hingga Februari 2025 mengikut Seksyen 165 Kanun Kesiksaan Akta 574.
01:05Bagi dua lagi tertuduh Rizal dan Hai Rizal, mereka didakwa secara rasuah telah menerima wang masing-masing berjumlah RM1,700 dan RM100 bagi memudah cara urusan kemasukan pengembara warga negara Indonesia ke Malaysia.
01:20Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Imigresen Pasir Gudang dan Terminal Ferry Pasir Gudang, Johor Bahru sekitar April 2023 hingga Ogos 2024 mengikut Seksyen 16-A-B Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009.
01:38Manakala tertuduh keempat, Haslan didakwa sebagai orang tengah telah menerima wang tunai berjumlah RM1,200 bagi membantu memudah cara urusan keluar masuk pengembara warga negara Indonesia ke Malaysia.
01:52Melalui Terminal Ferry Muar di sebuah kedai makan di Muar, Johor pada 11 November 2024, mengikut Seksyen 16-A-A Akta SPRM 2009.
02:03Mahkamah kemudian membenarkan Mat Azhar diikat jamin RM10,000, manakala RM8,000 bagi Rizal, Hai Rizal dan Haslam berserta dua syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di Pejabat SPRM terdekat.
02:2024 dan 25 Februari depan ditetapkan sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Comments