00:00Seterusnya, golongan belia di Kinabatangan berharap lebih banyak peluang dibuka menerusi pembangunan eko pelancongan berasaskan komuniti dengan kerjasama agensi pelancongan dan penduduk kampung bagi meneroka potensi ekonomis tempat.
00:14Pengurusi belia kampung Muhibah Bukit Garam, Muhammad Fazir Jamal berkata langkah tersebut dilihat mampu menyelesaikan masalah peluang pekerjaan di daerah itu.
00:24Khususnya daripada keopelancongan di mana-mana agensi pelancongan boleh bekerjasama dengan kampung untuk mendapat pendapatan daripada kampung-kampung yang mempunyai peluang untuk dibukakan eko pelancongan.
00:47Fazir juga meminta agar pihak kerajaan melalui kementerian yang berkenaan agar menyediakan fasiliti riadah yang lebih baik untuk golongan belia di Kinabatangan.
00:55Kami selalu bermain outdoor jadi kami memerlukan yang berbumbung yang selesa untuk bukan malah bukan untuk kami sejati tapi untuk penduduk kampung yang digunakan untuk daripada kebajikan ataupun latihan kemahiran di sana boleh digunakan dan juga majlis-majlis lain yang ada di kampung ini.
01:17Terdapat lebih 3,900 pengundi berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun di Parlimen Kinabatangan manakala umur 21 hingga 29 tahun berjumlah 12,078 orang.